Home » » Informer Al-Qaeda dedah plot rampas pesawat

Informer Al-Qaeda dedah plot rampas pesawat

Written By kall on Sunday 16 March 2014 | 20:42


Akak Dibalik Pintu

Informer Al-Qaeda dedah plot rampas pesawat

Pendedahan pemberi maklumat  Al-Qaeda bahawa dia pernah bertemu dengan pengganas Malaysia berhubung rancangan merampas pesawat menimbulkan kebimbangan sama ada ia berkaitan dengan kehilangan MH370.



Informer kelahiran British itu Saajid Muhammad Badat  membuat dakwaan itu di Mahkamah New York.

Ia berkata demikian ketika memberi keterangan melalui pautan video dalam perbicaraan kes Sulaiman Abu Ghaith, menantu Osama Laden, menurut Sunday Telegraph, United Kingdom.

Ketika memberi keterangan, Saajid berjata, lima lelaki Malaysia merancang mengawal pesawat menggunakan bom tersembunyi dalam kasut untuk meletupkan pintu kokpit.

Katanya, beliau ada bertemu dengan rakyat Malaysia itu, salah seorangnya juruterbang, di Afghanistan dan kasut bom itu diberikan pada mereka.


0 comments: