Home » » Infografik: Media asing mula buat spekulasi #MH370 dan Anwar

Infografik: Media asing mula buat spekulasi #MH370 dan Anwar

Written By kall on Sunday 16 March 2014 | 11:43


Pilihan Anda

Infografik: Media asing mula buat spekulasi #MH370 dan Anwar

Media asing mula membuat spekulasi dengan mengaitkan kejadian pesawat MH370 dengan pemimpin pembangkang, DS Anwar Ibrahim.

Bermula dengan pengumuman DS Najib dalam satu sidang media tergempar semalam, pelbagai telahan cuba dibuat oleh wartawan terutama yang datang dari luar negara.

Ditambah pula dengan tindakan pihak berkuasa yang dilihat melakukan siasatan ke rumah juruterbang pesawat berkenaan bersama pembantunya, kemudian muncul pula beberapa keping gambar yang menyaksikan 'kemesraan' juruterbang berkenaan dengan pemimpin-pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat yang dikongsikan oleh R. Sivara di Twitternya.
Kami terus berdoa utk keselamatan rakan kami Kapt Zaharie & semua di pesawat #MH370 & sokongan utk keluarga2 mrka pic.twitter.com/GPLoR2fbsA
— R.Sivarasa (@SivarasaRasiah) March 9, 2014Daily Mail kemudian cuba menzahirkan beberapa telahannya melalui lakaran infografik dari laman webnya. Bebarapa persoalan yang cuba ditimbulkan oleh akhbar online berkenaan seperti juruterbang berkenaan, Kapten Zaharie yang turut hadir dalam sidang perbicaraan DS Anwar sebelum beberapa jam berlepas dengan pesawat MH370.

Sejauh manakah keihklasan akhbar-akhbar asing ini membuat spekulasi atau ada-ada tangan ghaib yang lebih sedang mencatur sesuatu?
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
nuffnang_bid = "b9cbffe4efda20c16d232564dfd49706"; document.write( "
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();


0 comments: