Home » » Hanez Suraya Beri Penjelasan

Hanez Suraya Beri Penjelasan

Written By kall on Tuesday, 18 March 2014 | 01:47


Info Menarik & Cerita Menarik

Hanez Suraya Beri Penjelasan


hanezcomel
Pelakon yang sensasi ketika ini dengan kontroversi merampas suami orang, Hanez Suraya enggan mengulas panjang apabila ditanya tentang penarikan kontraknya sebagai duta produk kecantikan, Aura White baru-baru ini.
“Maaf semua no komen buat masa sekarang,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian Online.
Memetik sumber pihak pengurusan produk kecantikan tersebut dikhabarkan menarik semula kontrak Hanez ekoran wujud pihak tertentu didakwa cuba menghasut pengguna memboikot produk itu.
459c
Sementara itu, laporan sebuah portal hiburan mengatakan, kontrak Hanez sebagai duta rasmi produk itu ditarik semula selepas kisah cintanya dengan suami orang teruk dikecam masyarakat. Hanez sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa dia sedang hangat menjalin hubungan dengan suami orang.
Susulan dari pengakuannya, pelbagai pihak termasuk peminatnya mula mengkritik dan mengecam pelakon 3 Janji itu. Dalam pada itu, pihak pengurusan Aura White untuk mengetahui dengan lebih lanjut namun tiada sebarang pengesahan yang diberikan oleh pihak terbabit.
“Pihak kami tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung soal penarikan kontrak Hanez Suraya sebagai duta produk kami.
“Kami juga tidak mahu beri sebarang kenyataan buat masa sekarang,” kata salah seorang wakil pengurusan Aura White yang enggan namanya dikenali kepada Sinar Harian Online.



0 comments: