Home » » Antara Sebab Hetty Kembali Membuka Tudung

Antara Sebab Hetty Kembali Membuka Tudung

Written By kall on Tuesday 18 March 2014 | 02:30


Info Menarik & Cerita Menarik

Antara Sebab Hetty Kembali Membuka Tudung



Punca Hetty Sarlene buka tudung dan kembali imej seksi - Umum mengetahui, pelakon kelahiran Singapura, Hetty Sarlene pernah mengambil keputusan untuk berhijab atau bertudung pada pertengahan tahun lalu.

Perubahan itu mendapat reaksi positif dari ramai peminatnya kerana mereka beranggapan Hetty sudah insaf dan telah terbuka hati untuk berubah ke arah kebaikan.

Sejak itu, nama beliau semakin jarang diperkatakan peminat manakala popularitinya jatuh secara mendadak. Kemunculan Hetty dalam rancangan TV pula semakin kurang sehingga pada satu tahap pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri Sembilu itu dilupakan sepenuhnya oleh peminat.

Jika penulis adalah empunya badan, perasaan ingin kembali popular seperti dulu pasti membuak-buak dalam diri kerana hanya dengan adanya populariti maka mudah untuk mendapat tawaran-tawaran berlakon, menjadi duta produk dan sebagainya.

Adakah istilah populariti inilah yang ingin cuba diraih semula Hetty Sarlene selepas semakin dilupakan peminat hampir setahun lalu? Mungkinkah beliau mempunyai sebab-sebab peribadi lain yang memaksanya tampil dengan imej menjolok mata? Pendapat dan andaian korang macam mana?

Rasanya, untuk kontroversi seperti ini, Hetty perlu segera tampil kepada media untuk memberikan penjelasan sebenar agar masyarakat di luar sana tidak terus menerus melemparkan kritikan dan tomahan terhadap dirinya.


0 comments: