Home » » Sepuluh orang dikhuatiri hilang di Bukit Broga ketika riadah

Sepuluh orang dikhuatiri hilang di Bukit Broga ketika riadah

Written By kall on Sunday 6 April 2014 | 07:46


Pilihan Anda

Sepuluh orang dikhuatiri hilang di Bukit Broga ketika riadah

KUALA LUMPUR: Seramai 10 orang dikhuatiri hilang semasa menjalankan aktiviti riadah di Gunung Tok Wan, Bukit Broga, Selangor, pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata kesemua mereka dilaporkan hilang kira-kira 11.54 pagi.

"Selepas mendapat panggilan, pihak bomba bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira setengah jam kemudian.

"Sehingga kini, kesemua mereka gagal dikesan dan usaha mencari masih dijalankan," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Mohd Sani berkata usaha mencari dan menyelamat turut dibantu kira-kira 30 anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: