Home » » 3Sixty minta maaf artikel sindir #MH370

3Sixty minta maaf artikel sindir #MH370

Written By kall on Sunday 6 April 2014 | 08:33


Pilihan Anda

3Sixty minta maaf artikel sindir #MH370

INILAH artikel 3Sixty yang mencetuskan kontroversi.
KUALA LUMPUR - Syarikat AirAsia memohon maaf berhubung tindakan majalah dalam penerbangan miliknya iaitu 3Sixty kerana menyiarkan sebuah artikel yang dilihat menyindir tragedi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Pengerusi Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pihaknya menyedari kesilapan yang berlaku dalam edisi terbitan April itu dan berusaha untuk memperbaikinya.

"Dengan rasa kesal yang mendalam dan penyesalan, saya ingin memohon maaf di atas sebarang kesalahan artikel daripada perspektif juruterbang dalam terbitan terbaharu majalah pelancongan 3Sixty," katanya dalam satu kenyataan semalam.

disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: