Home » » Chanel..Hampir 2 kali Digugurkan Namun Hayatnya Masih Panjang

Chanel..Hampir 2 kali Digugurkan Namun Hayatnya Masih Panjang

Written By kall on Saturday, 12 April 2014 | 20:37


Akak Dibalik Pintu

Chanel..Hampir 2 kali Digugurkan Namun Hayatnya Masih Panjang

Dikurniakan anak adalah perkara yang sangat membahagiakan bagi setiap orang tua.  Namun tatkala mengetahui bahawa ada yang tak beres dengan kandungannya, hal tersebut menjadi dilema bagi mereka.
surgery2
Chanel Murrish adalah bayi perempuan yang hampir dua kali digugurkan setelah doktor mengatakan bahawa si ibu tak akan dapat melahirkannya dengan selamat.  Pihak doktor mengatakan bahawa bayi perempuan itu kemungkinan besar akan meninggal setelah dilahirkan, sehingga mereka mengesyorkan untuk digugurkan.
Namun kedua orang tuanya menolak untuk melakukan pengguguran, sekalipun mereka diyakinkan sebanyak 2 kali untuk menggugurkannya.  Setiap kali si ibu merasakan tendangan dari dalam perutnya, ia sangat menghayati semangat hidup calon bayinya.
Hari yang dinantikan tiba juga.  Saat Chanel dilahirkan, beberapa minit selepas ia segera dibedah untuk menyokong jantungnya.  Hal ini kerana salah satu sisi jantungnya tidak  berdenyut.
Ibu dan ayah Chanel tak akan pernah menyesali keputusan untuk mempertahankannya.  7 hari pasca Chanel dibedah, ia mendapat operasi lanjutan dan keadaannya makin bertambah baik dari hari ke hari.  Setiap pertumbuhannya memberi kekuatan dan semangat hidupnya membuat kedua orang tua bahkan pasukan perubatan terinspirasi.
 Jangan mematikan harapan yang anda yakini bila memang layak diperjuangkan.  Kerana setiap perjuangan anda akan dibalas dengan hasil yang baik, seperti bagaimana Chanel menunjukkan perjuangan hidupnya setelah kedua orang tuanya berusaha mempertahankannya hingga lahir.