Home » » Jawapan Sham Atas Dakwaan Oleh Bekas Isterinya Tentang Isu Solatnya

Jawapan Sham Atas Dakwaan Oleh Bekas Isterinya Tentang Isu Solatnya

Written By kall on Monday 21 April 2014 | 22:24


Akak Dibalik Pintu

Jawapan Sham Atas Dakwaan Oleh Bekas Isterinya Tentang Isu Solatnya

Sham Kamikaze hari ini tampil menerusi laman Facebooknya untuk menjawab pertuduhan tersebut. Namun menerusi kenyataan yang diberikan, Sham tidak menafikan atau mengiyakan tuduhan bekas isterinya itu.
sham kamikaze
Tulis Sham Kamikaze:-
Assalamu’alaikum wbt.
Apa yang berlaku di antara saya dan bekas isteri saya sudah menjadi sejarah hidup saya. Dan jika pihak beliau masih tidak berpuas hati, maka itu adalah hak beliau untuk menuduh saya dengan pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi.
Adapun perceraian telah difailkan di mahkamah 2 tahun yang lalu dan saya tidak nampak apa jua alasan untuk menjaja kisah rumahtangga, apatah lagi jika kenyataan media tersebut bermotifkan dendam dan memalukan saya di khalayak ramai. Sebagaimana diketahui umum, saya tidak pernah walau sekalipun membuat apa-apa kenyataan berhubung beliau, apatah lagi mengaitkan beliau dalam apa jua keadaan sebagaimana didakwa.
Saya tidak perlu untuk menjawab kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana saya dan beliau tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi.
Saya doakan agar beliau terus tabah mengharungi hidup beliau dengan segala cara untuk bahagia Insya Allah.
Barakallahu fikum.
sham kamikaze
Langkah berdiam diri ini diambil oleh Sham untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan. Benar atau tidak tuduhan bekas isterinya, hanya Sham sahaja yang tahu. Ingatlah keikhlasan dalam beribadah amat penting. Jangan buat kerana mengharapkan pujaan dan redha orang lain. Buatlah kerana Allah.


0 comments: