Home » » Kenali lelaki yang bantah bacaan tahrim dan laungan azan ketika waktu subuh di masjid

Kenali lelaki yang bantah bacaan tahrim dan laungan azan ketika waktu subuh di masjid

Written By kall on Monday 14 April 2014 | 11:45


Akak Dibalik Pintu

Kenali lelaki yang bantah bacaan tahrim dan laungan azan ketika waktu subuh di masjid

Susulan kes seorang ahli pas seumur hidup membuat laporan polis membantah bacaan tahrim dan laungan azan ketika waktu subuh di masjid berdekatan rumahnya..
Sekumpulan orang dari badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak polis telah datang ke rumah beliau untuk menasihati beliau akan perilaku buruk dan tak masuk akal itu.
Pada admin hal sebegini tidak sepatutnya berlaku.
Sebagai seorang ahli pas yang mengagung agungkan perjuangan islam dan lebih penting, sebagai seorang islam sendiri beliau tidak sepatutnya membuat hal begini yang menunjukkan peribadi buruk seorang muslim di Malaysia negara bertuah ini.
Negara ini negara bertuah, rakyatnya berbilang kaum, berbagai agama bebas dianuti.
Jika orang islam sendiri gagal menghormati azan bagaimana kita hendak tengok penganut agama lain menghormati islam itu sendiri seterusnya minat untuk mengetahui tentang islam?
Walau apa pun dalam setandan pisang pasti ada satu atau dua yang rosak. Kita harapkan PAS agar mengajar ahli ahlinya tentang ajaran islam yang sebenar. Setidak tidaknya ajarlah mereka tentang erti hormat. Lazimnya mereka pandai membantah namun kali ini tidak kena tempat sejujurnya menunjukkan kejahilan sendiri.
Kita sama sama berdoa agar perkara tidak masuk akal seperti ini tidak berulang lagi.
Tak kisah parti mana yang dianuti namun sebagai orang Islam amatlah tidak wajar bertindak sedemikian rupa


0 comments: