Home » » MH370 Di Perairan Thailand?

MH370 Di Perairan Thailand?

Written By kall on Tuesday 29 April 2014 | 22:27


Info Menarik & Cerita Menarik

MH370 Di Perairan Thailand?


Michael Hoebel, 60, berkata imej serpihan itu ditemui di lautan berhampiran pantai timur Songkhla, Thailand. Dia menemuinya selepas berjam-jam membuat penelitian terhadap gambar-gambar yang diambilnya dari TomNod.com iaitu laman web perkongsian imej satelit.

Inilah imej yang ditemui Hoebel
Hoebel seterusnya berkata, penemuan itu hasil penelitiannya terhadap ribuan imej pelbagai setelit yang terdapat di sekitar laluan MH370. Imej berukuran 210 kaki (64 meter) itu katanya sangat sepadan dengan saiz MH370, selain dari terdapat sayap yang melekat pada badan pesawat tersebut.

Katanya dia amat terkejut dengan penemuan itu kerana seperti tak percaya akan menemui objek itu yang dirakamkannya pada 10 Mac, iaitu 2 hari lepas pesawat itu hilang.

Hoebel menunjukkan imej yang ditemuinya
Bila ditanya kemungkinan imej itu merupakan bayangan seekor ikan jerung, Hoebel menyoal,"Adakah seekor ikan jerung sepanjang 210 kaki (64 meter)? ".
Lelaki itu berkata dia sangat yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang dikatakan berakhir di selatan Lautan Hindi. Hoebel juga berkata telah menghubungi NTSB (Lembaga Keselamatan Pengangkutan Persekutuan) dan FBI tetapi tiada respons daripada mereka.

Kalau korang nak baca lebih lanjut mengenai 'penemuan' ini boleh layari MailOnline

Cuma yang menghairankan JR ialah jika imej MH370 itu ditemui pada 10 Mac, mengapa lepas 7 minggu baru nak heboh? Mengapa tak beritau awal-awal lagi?
Pendapat peribadi JR pula imej 'MH370' yang ditemui Hoebel itu nampaknya seperti lebih menyerupai imej ikan jerung. Tapi seperti kata Hoebel mana ada ikan jerung di dunia ini sepanjang 210 kaki (64 meter)? Mengikut rekod, jerung paling panjang pernah hidup di muka bumi ialah jerung jenis megalodon sepanjang 60 kaki yang pernah hidup 3 juta tahun dahulu tapi kini sudah pupus.

Tapi jika imej yang ditemui Hoebel itu memang betul MH370, ia akan menjadi penemuan paling kelakar dalam sejarah dunia. Mana tak kelakar, puluhan negara dengan teknologi paling canggih dengan kos ratusan juta ringgit mencari MH370 di selatan Lautan Hindi, alih-alih imejnya ditemui Hoebel di barat Songkhla. Ketika puluhan kapal dan pesawat sibuk mencari di laut tanpa menemui apa-apa, Hoebel cuma mencarinya di rumah dengan menggunakan komputer peribadinya.

Walaupun mungkin Hoebel salah, tapi apa salahnya jika penemuannya itu diberi perhatian dan disiasat oleh pasukan pencari MH370??


0 comments: