Home » » Hanya Gaduh2 Manja

Hanya Gaduh2 Manja

Written By kall on Sunday 20 April 2014 | 22:29


Info Menarik & Cerita Menarik

Hanya Gaduh2 Manja


Gosip bergaduh dan bercerai yang melanda mereka membuatkan Adam AF2 atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, terpaksa buka mulut untuk menafikan rumah tangganya dengan isteri, Fiza Elite atau Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 34, bergolak. Adam berkata, apa yang berlaku hanya salah faham suami isteri.

Itu hanya gaduh-gaduh manja suami isteri. Mengenai isu foto saya dan Fiza di dalam laman sosial Instagram yang dikeluarkan, sebenarnya ia hanya tindakan gaduh manja antara kami. Biasalah, apabila bergaduh, masing-masing merajuk dan kemudian akan kembali memujuk antara satu sama lain. Tidak ada isu besar yang berlaku! Buat masa ini, kami sibuk dengan urusan keluarga. Kebetulan bapa Fiza tidak sihat dan perlukan perhatian Fiza kerana dia anak manja bapanya,” kata Adam dipetik myMetro mengenai sebab dia tidak membawa isterinya ke acara hiburan tempatan.
adam af2 dan fiza elite
Ia sekali gus menolak dakwaan Adam sengaja tidak mahu membawa isterinya ke acara hiburan sebelum ini atau istilah ‘sorok isteri’. Katanya, tidak ada yang mahu disorokkan antara mereka dan peminat kerana kehidupan rumah tangga mereka masih bahagia, sama seperti saat pertama melafazkan akad nikah.
Berkaitan anak, Adam akui rezeki belum berpihak pada mereka dan berharap peminat terus mendoakan mereka. Malah, Adam menolak kemungkinan melakukan usaha lain mendapat anak seperti teknik perubatan tertentu kerana beranggapan ia rahsia Allah dan dia perlu terima dengan hati terbuka.
Katanya, semua pasangan baru berkahwin mahukan anak, malah Adam akui mereka sentiasa berdoa untuk dikurniakan cahaya mata satu hari nanti.
Pasangan itu berkahwin di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shah Alam pada 25 September 2013.


0 comments: