Home » » Fazura Baru Tahu

Fazura Baru Tahu

Written By kall on Friday, 18 April 2014 | 13:27


Info Menarik & Cerita Menarik

Fazura Baru Tahu


18 April 2014, 7:04AM
Dek kerana ketika isu ini timbul, Nur Fazura atau Fazura berada di luar negara untuk bercuti maka kesempatan bertemu pelakon ini baru baru ini digunakan para media untuk bertanyakan tentang dakwaan beliau bercium di lapangan terbang baru baru ini.

Kisah yang dilaporkan oleh laman berita Malaysian Gazette itu mengatakan ternampak Nur Fazura bersama-sama dengan seorang lelaki yang dikatakan teman rapatnya telah bercium di KLIA. 
Tetapi sewaktu bertemunya di pelancaran wajah baru portal berita mStar Online, beliau telah menafikan segala apa yang diperkatakan itu dengan hanya menjawab no comment dan memberitahu media yang dia tidak tahu-menahu mengenai isu ini.






“Saya tidak boleh komen dan baru dengar hari ini. Terpulang pada anda boleh bertanyakan pada orang tersebut yang telah mencetuskan isu ini. Bagi saya Allah lagi nampak setiap apa yang dilakukan. Cerita begini kena tanya dia. No comment at all,” ujarnya ringkas.

kedit
Oleh RotiKaya Staff pada


0 comments: