Home » » Macamana Ni Nak Di Sabitkan Kesalahan Ke Tidak?

Macamana Ni Nak Di Sabitkan Kesalahan Ke Tidak?

Written By kall on Saturday 26 April 2014 | 23:27


Info Menarik & Cerita Menarik

Macamana Ni Nak Di Sabitkan Kesalahan Ke Tidak?


AMK Berang Gambar `Jenazah Wan Azizah'
Wan Azizah Pulak Mangsa Edit Jadi 'Jenazah' !
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang akan membuat laporan polis ke atas penyebaran maklumat palsu tentang kematian Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Ketuanya, Dr. Afif Bahardin berkata, AMK Pulau Pinang mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab yang disebarkan di laman sosial Facebook oleh ‘Blue Wave Army’  tersebut.
Gambar itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih dan sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad.
“AMK Pulau Pinang mengutuk tindakan pemilik akaun Facebook dengan nama ‘Blue Wave Army’ yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian Wan Azizah semalam.
“AMKPP akan membuat laporan polis bermula hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Afif dalam pada itu mendesak pihak polis memandang serius perkara tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang memuat naik serta menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat itu.
“Jika suspek yang dipercayai memuat naik gambar mayat Datin Seri Rosmah Mansor tempoh hari boleh dikenakan tindakan segera, kami menggesa polis melakukan tindakan pantas yang serupa,” katanya. - myNewshub.my


Read more: http://ihtmalaysia.blogspot.com/2014/04/wan-azizah-pulak-mangsa-edit-jadi.html#ixzz303xLNFXg


0 comments: