Home » » Masjid Negara Antara Tempat Lawatan Obama

Masjid Negara Antara Tempat Lawatan Obama

Written By kall on Sunday 20 April 2014 | 23:25


Info Menarik & Cerita Menarik

Masjid Negara Antara Tempat Lawatan Obama


KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama akan melawat Masjid Negara dan mengadakan sesi pertemuan terbuka  atau Town Hall di Universiti Malaya dalam kunjungannya ke Malaysia minggu hadapan.

Pada pertemuan Town Hall itu beberapa pemimpin muda negara-negara Asia Tenggara ASEAN dijangka akan turut hadir.
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama membatalkan lawatannya ke rantau ini tahun lalu bagi menangani krisis politik di negaranya.
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama membatalkan lawatannya ke rantau ini tahun lalu bagi menangani krisis politik di negaranya.
Selain pertemuan yang telah diaturkan  dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Obama juga dijangka akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin hak asasi negara ini.

Selain Malaysia, Obama juga akan mengunjungi Jepun, Korea Selatan dan Filipina sepanjang tujuh hari lawatan beliau ke rantau ini, kata jurucakap White House,  di Washington.

Menurut Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Susan Rice tiada sebarang mesyuarat atau persidangan akan dihadiri oleh Obama sepanjang satu minggu lawatannya itu.
“Agenda penting untuk setiap negara (dikunjungi) akan menumpukan kepada hubungan dua hala dan mengukuhkan ciri-ciri berbeza dalam strategi Amerika Syarikat di Asia,” katanya.

Obama juga akan menemui pemimpin perniagaan di Jepun dan Korea Selatan, disamping melawat kilang syarikat kereta elektrik Comet di Filipina.

Lawatan ini menyusul selepas perancangan awal pada Oktober tahun lepas terpaksa dibatalkan ekoran krisis penutupan pentadbiran kerajaan negara itu – Astro Awani


0 comments: