Home » » Misha & Firos Malu-Malu Jalani Pre-Wedding

Misha & Firos Malu-Malu Jalani Pre-Wedding

Written By kall on Friday 11 April 2014 | 15:21


Akak Dibalik Pintu

Misha & Firos Malu-Malu Jalani Pre-Wedding

Walaupun dihimpit dugaan dan tohmahan tentang status dirinya, Misha Omar tenang menjalani satu demi satu sehinggalah tiba masanya dia memadamkan semua cerita tidak berasas itu pada hari pengumuman  tarikh perkahwinannya tempoh hari di Shah Alam.
Kurang sebulan Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar dan pasangan Firos Ezzwan Rossly, juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan diijabkabulkan iaitu pada 2 Mei depan di kampung halaman penyanyi ini di Kelantan.
Foto repost daripada Instagram milik Joe Zakaria, jurugambar rasmi perkahwinan pasangan ini memperlihatkan mereka seperti berada di sebuah kilang membuat arang dipercayai teletak di sekitar Batu Arang, Taiping, Perak. Yang pasti kelihatan mereka berdua seakan malu-malu untuk beraksi di depan lensa kamera jurugambar itu.
Pastinya bukan sahaja penggambaran pra-perkahwinan malah pelbagai lagi persiapan yang kini menjadi keutamaan buat Misha dan Firos. Kad jemputan kahwin mereka juga telah diedarkan mereka buat sahabat handai yang dijangka membanjiri kampung halaman Misha di negeri Cik Siti Wan Kembang itu nanti.
Majlis pernikahan dan resepsi bagi pihak perempuan akan diadakan di Hotel Renaissanse Kota Bharu kedua-duanya pada 2 Mei di sebelah siang dan malam, manakala majlis resepsi pengantin lelaki pula bakal berlangsung 12 Mei ini di Hotel Concorde Kuala Lumpur.
Jom layan gambar mereka yang sedang menanti hari bahagia yang selama ini diimpikan bersama. Tahniah Misha dan Firos!

Murai.com


0 comments: