Home » » Family Malique Too Phat

Family Malique Too Phat

Written By kall on Thursday 10 April 2014 | 01:03


Info Menarik & Cerita Menarik

Family Malique Too Phat


Screenshot_2014-04-09-21-09-26-1
Masa kahwin pada 8 Ogos 2008, memang senyap-senyap. Pihak media tidak dapat jemputan pun apatah lagi majlis perkahwinan dibuat di pulau peranginan terkenal, Bali.
Tapi ramai yang memang kagum sangat dengan pasangan ini. Artis hip hop popular Malique Too Phat dan pelakon Melissa Maureen.Waktu bercinta tidak sekecoh mana pun. Diam-diam saja, lepas itu kahwin secara rahsia.
Lepas berkahwin pun, mereka terus senyap dari dunia seni.Alih-alih sudah dikurniakan tiga anak yang comel. Semua ikut muka Melissa yang Pan Asian. Nama anak-anaknya pun sangat unik. Anak sulung bernama Inca Medina, kedua lelaki, Rumi Arjuna serta yang bongsu, Chasca Maya.Begitulah kehidupan bahagia keluarga Malique dan Melissa,
walaupun kelibat mereka tidak lagi muncul di kaca tv atau cerita terpampang di suratkhbar dan majalah.
Macam Malique, dia lebih senang low profile dalam bidang seni.Walaupun tidak lagi bergiat aktif dalam bidang seni, namun Malique masih lagi aktif dalam menghasilkan lagu dan muzik.

Antara hasil karyanya yang berjaya mencipta fenomena adalah lagu Teman Pengganti yang didendangkan Black Hanifah dan RJ.