Home » » Allah Bayar Cash

Allah Bayar Cash

Written By kall on Thursday, 10 April 2014 | 02:08


Info Menarik & Cerita Menarik

Allah Bayar Cash


1604782_654969201243569_1214762582_nSEORANG lelaki yang baharu selesai menyamun sebuah rumah teres di Kota Warisan,
Sepang maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di sini hari ini.1006097_654943421246147_1838686710_n
Seorang lelaki baharu selesai menyamun maut dalam kemalangan di Jalan Banting-KLIA berhampiran kilang Genting Sanyen, Bukit Changgang, Banting, semalam.
KUALA LUMPUR 3 April - Seorang lelaki yang baru 10 minit menyamun, maut setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Banting-KLIA berhampiran kilang Genting Sanyen, Bukit Changgang, Banting dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, suspek lelaki berusia lingkungan 20-an maut di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan ketika dikejar oleh seorang jiran kepada mangsa samun berkenaan yang menaiki kereta.
Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Mohd. Yusof Awang berkata, sebelum itu, lelaki terbabit bersama tiga rakannya yang bersenjatakan parang menyamun sebuah rumah yang didiami oleh seorang wanita bersama dua anaknya di Kota Warisan iaitu kira-kira enam kilometer dari lokasi kemalangan.
Mohd. Yusof berkata, perbuatan penjenayah tersebut disedari oleh jiran mangsa lalu mengejar mereka yang cuba melarikan diri dengan menaiki dua buah motosikal.
“Setiba di lokasi, motosikal yang ditunggang oleh suspek dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Mang­sa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Sementara pembonceng motosikal sempat melarikan diri bersama dua lagi rakan mereka yang menaiki sebuah motosikal menuju ke arah Banting," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Yusof berkata, pihaknya belum dapat mengenal pasti identiti suspek terbabit kerana tidak menjumpai sebarang dokumen bersamanya.
“Bagaimanapun kita percaya suspek merupakan warga tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG pada lengannya dan siasatan turut mendapati motosikal yang ditunggangnya menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya.


0 comments: