Home » » Buat cerita dirogol berkali-kali oleh kekasih

Buat cerita dirogol berkali-kali oleh kekasih

Written By kall on Thursday 3 April 2014 | 10:27


Pilihan Anda

Buat cerita dirogol berkali-kali oleh kekasih

Johor Bahru: Gara-gara hubungan cinta tidak direstui keluarga, seorang wanita nekad membuat laporan polis kononnya dicabul kekasihnya di rumah lelaki terbabit di Kampung Melayu Majidee, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, wanita terbabit yang datang ke rumah teman lelakinya itu mendakwa diberikan minuman sebelum khayal dan tidak sedarkan diri.

Sumber berkata, difahamkan, wanita lingkungan 20-an itu mendakwa kekasihnya kemudian meraba seluruh badan termasuk bahagian sulitnya ketika keadaan separuh sedar.

Menurutnya, wanita itu kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis, namun siasatan awal mendapati wujud keraguan keterangan diberikan.

“Hubungan pasangan kekasih itu difahamkan tidak direstui keluarga menyebabkan wanita terbabit yang tidak bekerja berang dan cuba mencari pelbagai cara bagi membolehkannya berkahwin dengan teman lelakinya itu.

“Lebih meragukan apabila wanita itu turut mengaku dirogol beberapa kali oleh teman lelakinya sebelum ini, namun tidak membuat laporan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut sudah dijalankan termasuk memanggil lelaki berusia 30 tahun itu untuk direkod keterangan.

“Siasatan mendapati lelaki itu tiada pekerjaan tetap, namun sehingga kini dakwaan yang dibuat wanita itu masih meragukan.

“Kita akan menyiasat semua aspek selain merekod keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.

Sulaiman berkata, sehingga kini, ada beberapa keterangan wanita itu yang meragukan dan pihaknya juga akan menyiasat kemungkinan laporan dibuat itu adalah palsu atau berniat untuk memerangkap lelaki itu.

“Siasatan awal mendapati hubungan pasangan kekasih itu tidak direstui menyebabkan wanita itu sukar menerima kenyataan,” katanya.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page