Home » » Amah dakwa buah dada diramas warga emas

Amah dakwa buah dada diramas warga emas

Written By kall on Thursday 3 April 2014 | 09:46


Pilihan Anda

Amah dakwa buah dada diramas warga emas

Melaka : Seorang lelaki warga emas yang menggunakan kerusi roda mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencabul kehormatan pembantu rumah warga Indonesia di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Ong Boon Loh, 84, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman, selepas mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita Indonesia, Natalia Kristina, 33, dengan cara meraba payu dara dan memeluk mangsa dengan niat mencabul kehormatannya di sebuah rumah di Jalan Tangga Batu, Tanjung Keling, di sini, pada jam 8 pagi, 23 Februari lalu.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Ketika perbicaraan, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam mencadangkan mahkamah mengenakan jaminan RM5,000, namun tertuduh yang diwakili peguam Teoh Kim Hong, merayu jaminan serendah-rendahnya dikenakan kerana tertuduh berusia lebih 80 tahun dan tidak melarikan diri.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Syajaratudur membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dan kes itu disebut semula pada 17 April ini.
TERTUDUH yang didakwa mencabul kehormatan pembantu rumah.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: