Home » » Tinggal nama, nombor telefon selepas rogol

Tinggal nama, nombor telefon selepas rogol

Written By kall on Wednesday, 19 March 2014 | 11:45


Pilihan Anda

Tinggal nama, nombor telefon selepas rogol

Sandakan: Seorang lelaki bersikap pelik apabila meninggalkan nombor telefon kepada wanita yang dirogolnya, sebelum melarikan diri dalam kejadian di Batu 7 dekat sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, lelaki terbabit menceroboh rumah dua tingkat didiami mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai menjual cermin mata melalui pintu dapur sebelum memasuki bilik tidur wanita terbabit di tingkat atas.

Difahamkan, mangsa yang berusia 20 tahun tersedar selepas lelaki tidak dikenali itu menutup mulutnya dan mengugut akan mencederakan mangsa jika menjerit.

Selepas merogol mangsa, suspek dikatakan memberitahu namanya dan memberi nombor telefon selain berjanji akan datang semula ke rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong, berkata, siasatan awal mendapati adik mangsa tidur di bilik bersebelahan, manakala ibu bapa mereka di tingkat bawah rumah terbabit.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
nuffnang_bid = "b9cbffe4efda20c16d232564dfd49706"; document.write( "
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();


0 comments: