Home » » Tauke Tampil Beri Penjelasan

Tauke Tampil Beri Penjelasan

Written By kall on Thursday, 20 March 2014 | 02:28


Info Menarik & Cerita Menarik

Tauke Tampil Beri Penjelasan


Tersebar beberapa keping foto ‘mesra’ Tauke Raja Lawak bersama beberapa orang gadis di sebuah kelab malam di blog-blog hiburan tempatan. Foto daring tersebut secara tidak langsung telah mengaitkan Tauke dengan kontroversinya dulu dan pelawak ini turut digelar ‘kaki perempuan’.
page
Memetik sumber OhBulan, Tauke yang dihubungi menjelaskan bahawa dia sedia maklum mengenai perkara itu dan tidak merasakan bahawa imejnya akan tergugat dengan penyebaran foto tersebut.
“Sebenarnya gambar itu gambar lama. Dah pernah keluar pun sebelum ini dalam internet, cuma kali ini lebih kecoh apabila masuk dalam banyak blog hiburan.
Saya akui memang saya ada di kelab tersebut bersama kawan-kawan selepas selesai sesi penggambaran. Tetapi, saya tidak kenal pun siapa wanita itu dan dia yang minta saya peluk.
Saya cuma menjaga hati peminat apabila meminta untuk bergambar bersama saya. Jadi, saya rasa saya perlu lebih berhati-hatilah selepas ini supaya perkara ini tidak terjadi lagi.”
Tauke turut menambah bahawa dia tidak tahu siapa yang menjadi dalang penyebaran gambar tersebut dan tidak berani menuduh mana-mana pihak.
“Dulu memang saya kerap ke kelab malam, tapi sekarang saya dah tak pergi langsung. Malah, agak tidak wajar jika ada pihak yang mahu mengaitkan perkara ini kes perceraian saya kerana isteri saya dulu memang akan sentiasa bersama saya 24 jam, saya pergi mana-mana pun akan ada dia.
Tapi nak buat macamana, jodoh itu ketentuan Allah SWT. Takpelah, bagi saya benda yang dah lepas tu, biarlah lepas. Namun, saya juga tak nafikan yang kita tak boleh tutup mulut orang. Bukan semua orang suka pada kita kan?”