Home » » Pensyarah - Kesan Dalang Di Sebalik MH370

Pensyarah - Kesan Dalang Di Sebalik MH370

Written By kall on Monday 17 March 2014 | 09:31


Cerita Kedai Kopi

Pensyarah - Kesan Dalang Di Sebalik MH370


Pensyarah - Kesan Dalang Di Sebalik MH370 | Berikut perkongsian yang telah dibuat oleh Profesor Rohan Gunaratna yang juga merupakan Ketua Pusat Antarabangsa Keganasan Politik dan Penyelidikan Antarabangsa (ICPVTR). nak tahu apa yang dia katakan kepada media ? baca selanjutnya

Pensyarah - Kesan Dalang Di Sebalik MH370

Profesor Rohan Gunaratna percaya terdapat kemungkinan besar penerbangan MH370 dirampas kumpulan yang berpengetahuan luas dalam selok belok penerbangan dengan bantuan sokongan di darat.

Menurutnya, siasatan kini perlu dijuruskan kepada motif di sebalik lencongan pesawat itu dari laluan asalnya, lapor Berita Minggu hari ini.

"Malaysia yang mengetuai agensi multinasional juga perlu meneruskan siasatan untuk mengesan dalang di sebalik misteri kehilangan MH370 untuk merungkai motifnya," pensyarah di Universiti Nanyang, Singapura itu dipetik sebagai berkata.

Pakar Keselamatan Antarabangsa dan Anti-Keganasan Universiti Malaya (UM), Dr Balakrishnan RK Suppiah pula ragu-ragu dengan elemen berkait pengganas atau perampas dalam hal ini.
"Jika ada elemen pengganas berkaitan kehilangan MH370, mengapa tiada tuntutan dibuat terhadap Malaysia, keluarga penumpang atau MAS sehingga kini," beliau dipetik sebagai berkata.

Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar dari Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM pula berpandangan yang jika ia dirampas, pihak yang berbuat demikian melambatkan tuntutan wang tebusan atau permintaan mereka bagi mendapatkan perhatian dunia.
"Impak tuntutan juga lebih besar selepas seluruh dunia mencari pesawat itu. Ini mungkin untuk mendapat perhatian dunia," katanya, lapor harian itu.


Nota : Sehingga kini kita tiada sebarang lagi petunjuk yang mengatakan pengganas yang mengambil pesawat tersebut. Apapun tetap berdoa kepada Allah agar semua yang berada dalam kapal tersebut selamat lah hendaknya.

Sumber


0 comments: