Home » » Isu MH370 3 Gambar Waris Penumpang China Buat Hal Lagi

Isu MH370 3 Gambar Waris Penumpang China Buat Hal Lagi

Written By kall on Wednesday, 19 March 2014 | 02:36


Cerita Kedai Kopi

Isu MH370 3 Gambar Waris Penumpang China Buat Hal Lagi

TIDAK cukup dengan menuntut Malaysia mendedahkan segala maklumat berhubung dengan kehilangan pesawat MH370, keluarga penumpang dari China kini mengancam untuk mengadakan mogok lapar.Ia sebagai tanda desakan mereka yang mahukan pihak Malaysia Airlines (MAS) menjawab segala persoalan mereka berhubung dengan insiden itu.

Media antarabangsa, Daily Mail antara yang ghairah menyiarkan ‘kemarahan’ waris penumpang itu.Salah satu gambar yang disiarkan menunjukkan seorang wanita memegang kertas yang bertulis:“Mogok lapar, hormati kehidupan, kembalikan keluarga saya, tak mahu jadi mangsa politik, beritahu kebenaran.”Astro Awani pula melaporkan, ada di kalangan mereka yang tidak berpuas hati kerana Duta Malaysia tidak ada bersama dalam pertemuan harian pegawai MAS dengan keluarga penumpang.

#MH370: Waris Penumpang China Ancam Mogok Lapar
“Memandangkan mereka tidak meberitahu perkara sebenar mengenai nasib ahli keluarga dan saudara mara kami dalam pesawat itu, kami juga akan protes,” kata wanita tersebut.“Kebanyakan ahli keluarga dan saudara mara penumpang di sini kini menghadapi tekanan mental,” ujar seorang waris yang dikenali sebagai Wen.
#MH370: Waris Penumpang China Ancam Mogok Lapar
Sementara itu, Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang menjelaskan maklumat kesemua penumpang China sudah diperiksa dan mereka tidak terlibat dengan sebarang aktiviti keganasan.Menerusi sidang media berkaitan sebentar tadi, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin berkata, semua pihak tidak perlu mempolitikkan kehilangan MH370, sebaliknya mengetepikan perbezaan pendapat dan bersatu dalam pencarian pesawat itu.
#MH370: Waris Penumpang China Ancam Mogok Lapar
sumber:mynewhub


Read more: http://terboik.blogspot.com/2014/03/isu-mh370-3-gambar-waris-penumpang.html#ixzz2wL48SvI4


1 comments:

Asep Haryono said...

I am sorry to hear this very tragic moment of the crash of the malaysia aircraft. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan penuh persahabatan dalam penyelesaian disputenya