Home » » 'Saya ada gesel sikit-sikit dia punya buah dada'

'Saya ada gesel sikit-sikit dia punya buah dada'

Written By kall on Wednesday 19 March 2014 | 16:25


Pilihan Anda

'Saya ada gesel sikit-sikit dia punya buah dada'

KUANTAN - Pengakuan seorang buruh ladang warga Bangladesh bahawa dia ada menggesel dada seorang wanita mencuit hati orang ramai yang berada dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam.

“Saya ada gesel sikit-sikit dia punya dada,” kata tertuduh, Mijanur Rahman, 43, beberapa kali.

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada dia mengaku bersalah atau tidak atas tuduhan mencabul, tertuduh hanya mendiamkan diri seolah-olah keliru dengan persoalan yang dikemukakan.

Dalam sebutan kes itu semalam, mahkamah tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada tertuduh yang bekerja di Ladang LKPT Bukit Kuin, Kilometer 37, Jalan Tun Razak, Gambang dekat sini itu.

Sebaliknya mahkamah menetapkan 17 April depan untuk mendapat khidmat jurubahasa Bangladesh sebelum kes itu disebut semula.

Mahkamah mendapati khidmat jurubahasa itu perlu memandangkan tertuduh tidak dapat memahami pertuduhan yang dibaca dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa cuba mencabul seorang wanita apabila mengayun tangan hingga hampir terkena bahagian dada mangsa.

Susulan kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di dalam sebuah kedai runcit Ladang Seri Gelam, Kompleks Sri Meranti, Kilometer 37, Jalan Tun Razak, Gambang dekat sini itu, mangsa membuat laporan polis.

Tertuduh yang ditahan pada hari sama dihadapkan ke mahkamah itu semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 354/511 Kanun Keseksaan.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
nuffnang_bid = "b9cbffe4efda20c16d232564dfd49706"; document.write( "
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();


0 comments: