Home » » 'Semoga Syed Saifullah diberkati dan dipanjang usia' - DS Rosmah

'Semoga Syed Saifullah diberkati dan dipanjang usia' - DS Rosmah

Written By kall on Saturday 5 April 2014 | 15:39


Pilihan Anda

'Semoga Syed Saifullah diberkati dan dipanjang usia' - DS Rosmah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya difahamkan ada poster di Facebook yang disebarkan oleh ADIK SYED SAIFULLAH berkaitan diri saya. Tiada apa-apa yang dapat saya katakan selain mendosakan agar ADIK SYED SAIFULLAH mendapat keberkatan dalam hidup, dipanjangkan usia, menjadi anak yang soleh dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. 

Salam
ROSMAH MANSOR.

Itu pesanan ringkas yang datang dari Rosmah Mansor berhubung penyiaran gambar ngeri menunjukkan mayat seorang wanita yang dilenyek dan berkecai dan kemudian dikaitkan dengan Rosmah Mansor, kononnya akibat kapalterbang yang dinaiki terhempas.




Banyak pihak di Facebook yang mengutuk keras perbuatan berkenaan. Bagaimanapun, beberapa orang RBA yang telah dikenalpasti begitu bermegah dengan gambar-gambar tersebut dan cuba membela perbuatan biadap tersebut dengan menyatakan, ia sekadar satu hiburan semata-mata.

Atau lebih tepat lagi, SATU SATIRA sebagaimana alasan yang telah diberikan oleh Teresa Kok.

Ketiadaan penguatkuasaan yang berkesan, selain pincang tugas SKMM dalam mengesan, mengekang dan menahan anasir-anasir subversif yang menjadikan media siber sebagai medium untuk menjahanamkan negara ini, menyebabkan golongan berkenaan bermaharajalela melakukan sekehendak hati mereka.

Akta Pencegahan Jenayah yang baru telah dikuatkuasakan dua hari lepas. PDRM juga turut mewujudkan Pusat Tindak Balas Siasatan PDRM (CIRC). Kes ini adalah kes serius pertama yang sewajarnya membuktikan Akta Pencegahan Jenayah yang baru dan CIRC PDRM berfungsi dengan berkesan dalam mengawal, mengekang, memantau dan memerangi penjenayah-penjenayah siber seperti Syed Saifullah. (BACA DI SINI)


DAP yang sedar penguatkuasaan undang-undang tersebut dan keberkesanan CIRC PDRM, sudah mula melakukan serangan dan bantahan menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Zairil Khir Johari @ Christopher Ross Lim. DAP bagaimanapun, pada masa yang sama, berteriak, melolong, menyalak dan merintih apabila para pemimpin mereka terkena serangan siber, tetapi bertindak melindungi RBA mereka yang melakukan fitnah dahsyat dan biadap.

Dalam beberapa buah negara mula melakukan kekangan atau mengehadkan penggunaan media sosial, Malaysia nampaknya masih lagi memberikan kebebasan sepenuhnya. Sehinggakan Amerika Syarikat yang sentiasa mendabik dada bahawa mereka adalah negara yang memperjuangkan kebebasan pun, turut sama menguatkuasakan Akta Patriot bagi mengekang sebarang anasir subversif yang menyalahgunakan media sosial.

Seharusnya Malaysia lebih sedar bahawa keadaan negara ini amat mudah meruap, mudah bergolak dan mudah berlaku kekacauan. Jauh lebih dari itu, amat mudah diserang dari luar dan cepat pula musnah kerana serangan dari dalam. Seharusnya pertahanan negara ini dan penjaga keselamatan lebih tegas dan lebih aktif.



disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page