Home » » Rozita Che Wan rugi RM500,000

Rozita Che Wan rugi RM500,000

Written By kall on Saturday 5 April 2014 | 08:45


Pilihan Anda

Rozita Che Wan rugi RM500,000

ROZITA bersama Ahmad Fuad dalam sidang media, semalam.
Kuala Lumpur: “Sebab iklan itu, saya kehilangan kontrak produk kecantikan bernilai hampir setengah juta. Jadi saya kena ambil tindakan,” kata pelakon dan pengacara popular Rozita Che Wan mengenai keputusannya mengemukakan notis tuntutan kepada pihak yang menggunakan nama dan wajahnya tanpa kebenaran pada iklan dua produk kecantikan.

Rozita atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar @ Che Wan, 43, mengambil tindakan itu kerana mengalami kerugian selepas kehilangan kontrak sebagai duta satu produk kecantikan bernilai hampir RM500,000, baru-baru ini.

Difahamkan, pihak ketiga yang berhasrat melamar Rozita sebagai duta produk membatalkan rancangan itu kerana mereka menyangka aktres terbabit sudah terikat dengan dua produk berkenaan.

Rozita berkata, dia mengambil keputusan menghantar notis tuntutan kepada pihak tidak bertanggungjawab yang dirahsiakan identiti itu kerana gagal menurunkan iklan daripada pelbagai platform promosi selepas diminta berbuat demikian sebelum ini.

“Saya sudah beri mereka tempoh dan tunggu dua hingga tiga bulan. Pengurus saya juga pernah menghubungi dan cuba berunding dengan ejen jualan produk itu untuk turunkan nama dan wajah saya.

“Namun, tiada apa-apa tindakan daripada mereka. Jadi saya menerusi peguam akan hantar notis menuntut mereka turunkan iklan itu dalam masa 14 hari atau berdepan tindakan seterusnya,” katanya pada sidang media di sebuah restoran di Jalan Ampang di sini, semalam.

Rozita turut ditemani pengurusnya Afeeq Abdul Wahab dan peguam Ahmad Fuad Hasim.

Harian Metro pada Khamis lalu melaporkan Rozita mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyalahgunakan nama dan wajahnya mempromosikan dua produk kecantikan termasuk satu produk membesarkan payudara.

disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page