Home » » Mendarat Cemas Di KLIA

Mendarat Cemas Di KLIA

Written By kall on Friday 4 April 2014 | 02:34


Info Menarik & Cerita Menarik

Mendarat Cemas Di KLIA


Punca sebenar pesawat MAS MH004 mendarat cemas di KLIA - Pesawat Malaysia Airlines, MH004 terpaksa mendarat cemas di KLIA selepas sejam berada di udara ketika sedang dalam penerbangan ke United Kingdom.

Pesawat Airbus A380 yang berlepas pada jam 10 pagi itu sepatutnya dijangka tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London pada jam 11 malam tadi, namun terpaksa berpatah balik kerana mengalami kerosakan kipas paramotor (propeller) pada sayap kiri.


Sebaik mendarat di KLIA, pesawat tersebut segera dibaiki dan penerbangan disambung semula pada jam 1.30 tengah hari kelmarin.

Untuk makluman, insiden ini adalah yang ketiga membabitkan pesawat MAS. Pada 21 Mac lalu, pesawat MH114 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan kerana dilanggar burung.

Manakala pada 24 Mac berikutnya, pesawat MAS Airbus A330-300 yang sedang dalam penerbangan ke Korea Selatan mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana mengalami kerosakan pada generator utama.


0 comments: