Home » » Konsert seksi Christina Aguilera di KL di sebalik insiden MH370

Konsert seksi Christina Aguilera di KL di sebalik insiden MH370

Written By kall on Wednesday 2 April 2014 | 01:34


Pilihan Anda

Konsert seksi Christina Aguilera di KL di sebalik insiden MH370

Konsert Twin Towers @Live 2014 sepatutnya diadakan minggu lepas di kawasan berhampiran KLCC sempena 2014 Formula One Petronas Malaysia Grand Prix di Litar Sepang.

Walau bagaimanapun, ianya telah dibatalkan sebagai tanda menghormati keluarga dan rakan-rakan para penumpang dan anak kapal yang terlibat dalam tragedi pesawat MH370. Malah, berita tersebut juga turut dikongsi di Facebook Twin Towers Alive.

Antara artis yang sepatutnya mengadakan persembahan termasuklah nama-nama besar seperti penyanyi sensasi K-pop, Rain selain penyanyi hebat dari England, Craig David dan juga penyanyi sensasi Christina Aguilera.

Biarpun konsert itu dibatalkan, Christina Aguilera dikatakan membuat persembahan secara tertutup di Hotel Shangri-la Kuala Lumpur untuk para peminatnya yang datang dari jauh untuk menyaksikan persembahan beliau.

Terdapat gambar dan video yang telah dikongsikan di laman web peminat Cristina Aguilera. Hanya peminat bertuah sahaja yang dijemput untuk menyaksikan beliau beraksi. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau adalah What a Girl Wants, Say Something, Let There Be Love, Beautiful dan banyak lagi. Berikut gambar sekitar konsert tertutup penyanyi itu.



disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: