Home » » Kaki fitnah dicekup, ini nasihat DS Rosmah sebagai ibu...

Kaki fitnah dicekup, ini nasihat DS Rosmah sebagai ibu...

Written By kall on Sunday 6 April 2014 | 16:33


Pilihan Anda

Kaki fitnah dicekup, ini nasihat DS Rosmah sebagai ibu...

KUALA LUMPUR: "Sebagai ibu, saya nasihatkan budak ini agar kembali ke pangkal jalan. Kita sama-sama doa dia kembali ke pangkal jalan."

Demikian kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kepada pemberita hari ini ketika diminta mengulas penyebaran gambar mayat hancur bersama wajahnya menerusi media sosial sejak beberapa hari lepas.

Rosmah yang bercakap dalam sidang media di sini, berkata beliau diberitahu mengenai penyebaran gambar itu semasa berada di luar negara.

"Saya kata jangan layan budak ini...don't go down to their level (jangan ikut sikap buruk mereka)," katanya.

Penyebaran gambar itu berserta kenyataan individu yang menggunakan nama Syed Saifullah, mendakwa pesawat yang dinaiki Rosmah terhempas.

Suspek yang berumur 25 tahun ditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspek di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak sekitar jam 12.10 pagi tadi.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: