Home » » Janda 'hot' kantoi khalwat dengan lelaki sebaya anak

Janda 'hot' kantoi khalwat dengan lelaki sebaya anak

Written By kall on Friday 4 April 2014 | 14:36


Pilihan Anda

Janda 'hot' kantoi khalwat dengan lelaki sebaya anak

Gambar hiasan
Alor Setar: “Saya malu berjumpa anak kalau mereka tahu saya kena tangkap khalwat,” kata seorang wanita berusia 43 tahun sejurus ditahan bersama pasangan lelakinya oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana disyaki berkhalwat, malam kelmarin.

Wanita yang baru kematian suami enam bulan lalu mendakwa hanya mengikut lelaki berusia 25 tahun terbabit ke sebuah hotel murah di Jalan Lencong Barat, di sini, kerana mahu menunggu rakan mereka di situ.

Namun, keadaan pintu berkunci dari dalam menimbulkan syak mereka melakukan kegiatan maksiat walaupun memberi alasan baru masuk ke bilik hotel sebelum pintu diketuk anggota penguat kuasa JAIK.

Wanita yang tidak bekerja itu mendakwa mengenali pasangannya yang tinggal sekampung sebelum kematian suaminya walaupun lelaki terbabit hampir sebaya dengan anak perempuan sulungnya berusia 20 tahun.

Kedua-dua mereka ditahan sekitar jam 12 tengah malam dalam serbuan di hotel murah terbabit oleh anggota penguat kuasa JAIK yang menjalankan operasi berdasarkan maklumat.

Wanita yang berpakaian lengkap seluar jean dan kemeja-T itu mengaku kesilapannya menyewa bilik di hotel murah itu bersama pasangannya selain mendakwa mereka baru hendak makan sebelum pintu bilik diketuk berulang kali.

Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa) JAIK Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.

Beliau berkata, wanita itu sepatutnya mendidik tiga anak perempuannya selepas kematian suami, malah tidak sepatutnya melakukan perbuatan tidak bermoral itu kerana boleh mengundang malu kepada keluarganya.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Kota Setar untuk dibuat laporan tangkapan dan dibawa ke pejabat agama daerah untuk diambil keterangan,” katanya.

Dalam serbuan berasingan di rumah tumpangan di Jalan Pegawai, di sini, seorang wanita yang berstatus isteri orang beranak dua dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki berstatus duda anak tiga.

Pasangan masing-masing berusia 23 dan 31 tahun itu ditahan ketika berdua-duaan dalam sebuah bilik di rumah tumpangan berkenaan sambil memberi alasan mahu berbincang berhubung masalah peribadi masing-masing.

Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa baru berpisah dengan isteri keduanya pada Disember lalu dan berhasrat mahu berkahwin dengan pasangannya itu yang mendakwa dalam proses bercerai dengan suami.

“Kami hanya mengambil keterangan mereka untuk membantu siasatan sebelum kes dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah kerana kesalahan berkhalwat,” katanya.

Mengikut seksyen itu, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Katanya, pihaknya meneruskan operasi berkala di hotel murah atau rumah tumpangan di bandar raya ini selain operasi di daerah dalam membanteras kegiatan maksiat dalam kalangan muda-mudi.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: