Home » » Bakal Dapat Kereta Mewah

Bakal Dapat Kereta Mewah

Written By kall on Monday 14 April 2014 | 20:27


Info Menarik & Cerita Menarik

Bakal Dapat Kereta Mewah


Isu anak kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan (Che Ta) iaitu Ammar Effendy dapat hadiah kereta sempena kejayaan cemerlangnya dalam SPM baru-baru ini menarik perhatian banyak pihak.
Bukan kerana apa, kereta yang mahu dihadiahkan oleh Che Ta dan diimpikan oleh Ammar adalah bukan calang-calang kereta. Kereta yang bakal menjadi milik Ammar bernilah lebih setengah juta ringgit.
Pada awalnya Che Ta ada menyebut mahu menghadiahkan sebuah BMW X6. Namun perkara itu dinafikan oleh Ammar dengan mengatakan kereta berkenaan untuk orang tua. Ammar telah menyatakan minatnya kepada beberapa model kereta dan paling menarik perhatiannya adalah Audi R8 yang berharga sekitar RM600 ribu.
Bagaimanapun segala persoalan mengenai isu kereta Ammar akhirnya terjawab. Menerusi laporan media hari ini, Ammar bakal dihadiahkan oleh ibunya sebuah kereta BMW 6 Series G Power Modified yang bernilai kira-kira RM700,000.
Menerusi laporan Kosmo!, Ammar memaklumkan yang dia dan ibunya sudah pun pergi survey kereta BMW 6 Series tersebut.
hadiah kereta anak che ta ammar effendy bmw 6 series
“Ya memang mummy nak belikan kereta BMW untuk saya. Audi tue suka je. Kami dah pergi “survey” kereta BMW baru-baru nie. Mungkin kereta Audi itu kena beli sendiri, nantilah lepas kerja.”
Pastinya Ammar rasa sangat berbaloi-baloi dengan usaha gigih dan ketekunannya mengulangkaji pelajaran selama ini. Tahniah!!!