Home » » Gadis 'legging' tanpa baju dicekup bersama duda

Gadis 'legging' tanpa baju dicekup bersama duda

Written By kall on Tuesday 8 April 2014 | 11:51


Pilihan Anda

Gadis 'legging' tanpa baju dicekup bersama duda

Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU - Bagaikan tidak serik dengan hukuman yang diterima atas kesalahan khalwat sebelum ini, seorang duda sekali lagi dihadapkan ke mahkamah rendah syariah di sini, semalam atas pertuduhan sama.

Tertuduh yang berusia 37 tahun dan merupakan seorang pekerja pendawaian, dijatuhkan hukuman denda RM2,500 dan dua minggu penjara atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda oleh hakim syarie, Kamalruazmi Ismail.

Pasangannya yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai kek di sini, didenda RM2,900 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda, setelah kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat orang awam, satu serbuan berwaran telah dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah dari Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu pada 12 Februari lalu, kira-kira jam 11 malam, bertempat di sebuah rumah di Banggol Donas, Kuala Terengganu.

Ketika serbuan dibuat, keadaan pintu utama terbuka sedikit manakala gril tertutup dan berkunci.

Pegawai penguat kuasa syariah berkenaan kemudian mengetuk pintu dan memberi salam. Lebih kurang tiga minit kemudian, pintu dibuka dari dalam oleh seorang lelaki dan penguat kuasa syariah dan pegawai polis kemudiannya masuk membuat pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, ada seorang perempuan bersembunyi di dalam almari pakaian dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

Keadaan perempuan itu hanya berseluar legging dan tidak berbaju. Setelah soal siasat dilakukan, didapati mereka berdua bukan suami isteri.

Dalam rayuannya, duda terbabit memohon mahkamah membuat penggantungan pelaksanaan penjara ke atasnya memandangkan sudah insaf dengan perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

Lelaki itu berkata, dia mempunyai tanggungan, iaitu anak dan sudah bertunang dengan pasangannya dan merancang untuk berkahwin selepas hari raya nanti.

Hakim Kamalruazmi kemudiannya membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara dan tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan dua penjamin.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: