Home » » Gadis kaburi aktiviti zina dengan bertudung

Gadis kaburi aktiviti zina dengan bertudung

Written By kall on Thursday 3 April 2014 | 13:36


Pilihan Anda

Gadis kaburi aktiviti zina dengan bertudung

Gambar hiasan
REMBAU – Taktik licik seorang gadis bukan Islam berusia 22 tahun mengenakan tudung bagi mengaburi hubungan cintanya dengan pasangan Islam yang merupakan pemilik kedai makanan di Pekan Kota, dekat sini, terbongkar apabila premis berkenaan diserbu, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, sepasukan penduduk kampung, polis dan jawatankuasa masjid bertindak menyerbu sebuah bilik di bahagian belakang kedai berkenaan selepas mendapat maklumat mengenai hubungan terlarang berkenaan.

Menurut sumber, serbuan dibuat hasil daripada aduan penduduk yang merasa kurang senang melihat seorang pemilik kedai makanan berkenaan berusia 26 tahun yang sering bertukar-tukar pasangan.

“Jika diikutkan, kedai makan berkenaan sudah beroperasi sejak lima tahun lalu dan penduduk mulai curiga sejak dua tahun lalu selepas melihat pemilik kedai makanan berkenaan kerap kali bertukar perempuan.

“Bagaimanapun tangkapan sering kali tidak berjaya dilakukan susulan terdapat ibu atau adik beradiknya dari Thailand. Namun, malam tadi (semalam) selepas mendapat info sahih serbuan dibuat jam 2.00 pagi dan terbukti pemilik berada di dalam bilik di belakang kedai bersama seorang perempuan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sumber berkata, pasangan berkenaan mengambil masa 10 minit sebelum pintu dibuka dan mereka lengkap berpakaian.

Bagaimanapun menurutnya, setelah diselidik perempuan berkenaan yang sering kelihatan di kedai makan berkenaan sejak lebih empat bulan lalu adalah berbangsa Cina dan mengenakan tudung bagi mengelak disyaki penduduk setempat.

“Malah, gadis berkenaan menyatakan dia merupakan pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Melaka. Pasangan berkenaan akhirnya di bawa ke Balai Polis Kota untuk siasatan lanjut.

Sumber berkata, dalam serbuan berkenaan, pemeriksaan turut dijalankan ke atas kakitangan kedai berkenaan di mana empat daripada pekerjanya merupakan pendatang asing tanpa izin (Pati).

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan mengenai insiden berkenaan dan kes diserahkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah untuk tindakan lanjut.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: