Home » » 105 k'tangan diberhenti, PKR tutup Hotel Quality Shah Alam

105 k'tangan diberhenti, PKR tutup Hotel Quality Shah Alam

Written By kall on Wednesday 2 April 2014 | 20:39


Pilihan Anda

105 k'tangan diberhenti, PKR tutup Hotel Quality Shah Alam

SHAH ALAM: Sebuah lagi anak syarikat Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bakal mengikut langkah PKNS Holdings Sdn. Bhd. (PHSB) dengan menamatkan khidmat kakitangannya.

Kini, seramai 105 orang kakitangan dan pekerja Hotel Quality Shah Alam yang bekerja di bawah pengurusan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad telah menerima surat pemberhentian kerja semalam yang antara kandungannya memaklumkan hari terakhir mereka bertugas adalah pada 31 Mei ini.

Menjawab persoalan ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan walaupun Hotel Quality Shah Alam merupakan milikan kerajaan negeri, tetapi pengurusan hotel tersebut adalah di bawah kuasa dan jagaan Ahli Lembaga Kumpulan Peransang.

“Saya pasti bahawa apa-apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Ahli Lembaga Kumpulan Perangsang, pastinya akan mengambil kira kebajikan pekerjanya.

“Bahkan, akan mengikut tatacara yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.

Dalam pada masa yang sama, Khalid turut menolak spekulasi yang mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat sama dalam keputusan pemecatan 105 orang pekerja Hotel Quality Shah Alam tersebut.

Hotel Quality Shah Alam yang terletak di Seksyen 14 di sini mempunyai 154 bilik termasuk suite selain kemudahan dewan yang boleh menempatkan kira-kira 500 orang dalam satu-satu masa.

Sektor perhotelan di Shah Alam yang tidak kondusif juga telah menjejaskan prestasi kewangan Hotel Quality Shah Alam sejak beberapa tahun lalu.

Awal Februari lalu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi anak syarikatnya, PHSB memecat kira-kira 30 kakitangan kontraknya tanpa sebarang alasan munasabah.

Arahan pemecatan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu mencetuskan polemik di antara kerajaan negeri dengan PKNS sehingga membawa kepada pertukaran serta-merta Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan Setiausahanya, Norita Mohd. Sidek ke Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: