Home » » ZUL ARIFFIN NAFI PERNAH 'DIKASARI' ABBY ABADI

ZUL ARIFFIN NAFI PERNAH 'DIKASARI' ABBY ABADI

Written By kall on Thursday 19 June 2014 | 06:24


Akak Dibalik Pintu

ZUL ARIFFIN NAFI PERNAH 'DIKASARI' ABBY ABADI

"Selama tiga tahun kami bercinta hubungan kami baik-baik sahaja dan dia bukan seorang wanita seperti mana didakwa," ujar Zul Ariffin dipetik sebagai berkata.

Dia berkata demikian bagi menepis dakwaan segelintir pihak bahawa bekas kekasihnya itu ada bersikap kasar terhadapnya sepanjang perhubungan mereka dahulu.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Malah, aktor tersebut sebaliknya bertindak mempertahankan Abby yang disifatkannya sebagai wanita yang baik.

                                              

"Sepanjang tiga tahun kami menjalinkan hubungan cinta, Abby bukanlah wanita yang seperti itu," tambah Zul ketika ditemui media pada majlis Seindah Ramadan & Syawal TV3, di Hotel One World, Petaling, semalam.

Selain sifat kasar, Zul turut menyangkal dakwaan kononnya dia memutuskan hubungan dengan Abby kerana tidak tahan dikongkong oleh wanita berkenaan. Katanya, perkara itu tidak pernah wujud dalam hubungan mereka dan dia tidak mahu mengungkit kisah lama.

                                  


"Tidak, itu tidak benar. Seperti saya katakan dia bukan seorang wanita yang begitu," ujarnya berulang kali.

Malah Zul juga enggan memberi sebarang komen mengenai perceraian Abby. Katanya dia senantiasa mengharapkan yang terbaik buat bekas kekasihnya itu.

Untuk rekod, isu 'dera' dan 'kasar' timbul ekoran bekas suami Abby iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar , 24, mendakwa Abby, pernah mencederakannya dengan membaling kunci motosikal ke wajahnya hingga mengakibatkan lebam selain pernah mencakar mukanya.

Pasangan berkenaan disahkan bercerai pada 11 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, gara-gara mesej cerai yang di hantar Farhan melalui SMS.



innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";