Home » » Mantan Timbalan Menteri UMNO Kini Jadi Penghuni Di Rumah Orang Tua Bukan Islam

Mantan Timbalan Menteri UMNO Kini Jadi Penghuni Di Rumah Orang Tua Bukan Islam

Written By kall on Wednesday 18 June 2014 | 08:46


Akak Dibalik Pintu

Mantan Timbalan Menteri UMNO Kini Jadi Penghuni Di Rumah Orang Tua Bukan Islam

Kisah 1

Siapa kata Menteri/Timbalan Menteri serta mantan-mantan hidup mewah seumur hidup mereka? Ada yang tidak bernasib baik kehidupan mereka berakhir menghuni di rumah kebajikan atau rumah orang-orang tua.

Rasa terkejut apabila hal ini berlaku ke atas bekas anggota kabinet Malaysia, mantan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia serta bekas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datin Paduka Hajjah Rahmah Othman. Beliau yang dilaporkan kini telah ditempatkan di rumah orang-orang tua.

                                   

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
                                   
Lebih menyayat hati beliau ditempatkan dalam pusat jagaan milik bukan orang Melayu/Islam. Betullah pendapat yang mengatakan bahawa seorang Ibu boleh melahirkan dan membesarkan 9 orang anak dengan sempurna, sebaliknya 9 orang anak belum tentu memelihara seorang Ibu.

Kita hanya dapat bersimpati dengan nasib Datin Paduka. Kepada orang-orang UMNO, lapangkanlah masa anda untuk melawat tokoh parti ini. Tanpa beliau dan rakan-rakan seangkatannya, belum tentu parti sekukuh yang ada sekarang.

                               

sumber


Kisah 2:Dizalimi anak sendiri

Hunan (China): Seorang warga emas berusia 90 tahun dikurung dan dibiarkan supaya mati kebuluran oleh anak-anaknya sendiri.

Bagaimanapun, Xiaoming Tsui yang dikurung di dalam bilik tidurnya berjaya hidup dengan minuman dan bubur yang dicampakkan oleh jirannya ketika anaknya tiada di rumah.

“Tolong, beri saya makanan,” adalah perkataan pertama yang diucapkannya ketika polis berjaya memecah masuk ke rumah mangsa minggu lalu selepas kisah wanita itu disiarkan di Internet.

Anak perempuan dan lelaki Xiaoming kini menghadapi tuduhan cubaan membunuh selepas polis menuduh mereka bersikap kejam dan merancang membunuh seseorang kerana merasa susah dan tidak mahu menanggung beban,

                            

XIAOMING dimandikan selepas hampir sebulan dikurung tanpa diberi makan oleh anaknya sendiri.


Menurut jurucakap polis, sejak wanita itu sakit dan bagi mengelak untuk menjaganya, anak-anaknya cuba membunuhnya dengan membiarkan dia kebulur di dalam bilik yang berkunci.


“Mereka tidak memberinya makan supaya dia tidak perlu ke tandas. Mereka juga tidak membenarkan sesiapa melawat mangsa,” kata polis.

Penduduk di Kampung Yangjuan yang menyedari Xiaoming tidak diberi makan berjaya menghulurkan bubur dan air melalui tingkap biliknya.

Seorang daripada mereka memuat naikkan gambar mangsa dalam keadaan yang menyedihkan di Internet hingga membolehkan nasibnya diketahui pihak berkuasa.

“Wanita itu dikatakan berbalah dengan anaknya beberapa kali sebelum ini. Dia dianggap membebankan mereka. Kerana itu mereka mengambil keputusan untuk membiarkannya kebulur hingga mati.

“Mereka kemudian merancang untuk memberitahu polis mangsa mati kerana enggan makan.

“Ini bukan saja pertelingkahan antara keluarga tetapi pembunuhan yang dirancang. Mereka mahu wanita itu mati supaya tidak perlu bersusah payah menjaganya,” kata jurucakap polis.- Agensi


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


1 comments:

Anonymous said...

Anak2 sedemikian akan terima balasannya kelak.