Home » » Anak dibogel, disuruh pegang kemaluan

Anak dibogel, disuruh pegang kemaluan

Written By kall on Saturday 7 June 2014 | 21:33


Pilihan Anda

Anak dibogel, disuruh pegang kemaluan

SABAK BERNAM – Seorang pemandu lori bakal berhadapan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika didapati bersalah mencabul anak kandungnya berusia sembilan tahun, awal tahun ini.

Perbuatan tidak senonoh pada Januari lalu itu dilakukan sebanyak dua kali iaitu di sebuah pondok dan di rumah ibu mangsa.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, suspek yang tinggal berasingan dengan isterinya sejak November lalu melakukan perbuatan terkutuk berkenaan di sebuah pondok berhampiran rumah mangsa.

Menurutnya, dalam kejadian itu, suspek, 39, yang selalu berkunjung ke rumah isterinya itu membawa mangsa ke sebuah pondok dan dibogelkan sebelum menyuruh mangsa memegang kemaluannya.

“Mangsa yang jijik dengan perangai bapanya itu enggan melakukan apa yang disuruh. Bagaimanapun, suspek bertindak hilang akal dengan mencabul kehormatan kanak-kanak terbabit,” katanya.

Noor Mushar berkata, suspek yang hilang kewarasan dengan perbuatan dosanya itu sekali lagi melakukan perbuatan serupa di sebuah bilik sewaktu isterinya yang bekerja sebagai pembantu kedai tiada di rumah.

Bagaimanapun, katanya, perbuatan durjana suspek itu akhirnya terbongkar Rabu lalu setelah ibunya mengesyaki sesuatu terjadi pada anaknya selepas kerap kali melihat mangsa suka termenung bersendirian.

“Ibu mangsa yang menegur anaknya itu terkejut selepas mangsa memberitahu dia dicabul bapanya sebanyak dua kali dalam kejadian berasingan,” katanya.

Noor Mushar memberitahu, berang dan kecewa dengan perangai suaminya kerana tergamak menodai anak kandung sendiri kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Beliau berkata, polis masih menggiatkan usaha memburu dan mengesan lokasi lelaki itu berada bagi membantu polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes cabul terbabit.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: