Home » » Kenapa Pula Arip (Kilauan Emas 4) Dihina?

Kenapa Pula Arip (Kilauan Emas 4) Dihina?

Written By kall on Friday 13 June 2014 | 09:25


Akak Dibalik Pintu

Kenapa Pula Arip (Kilauan Emas 4) Dihina?

                                          
Arip akan menggunakan sebahagian wang kemenangan untuk menghantar ibunya menunaikan Haji di Mekah.

Juara program Kilauan Emas musim Ke-4, Arip, mengakui pernah dihina oleh segelintir masyarakat di kampungnya, Jerantut Pahang kerana pekerjaannya yang tidak tetap sebelum ini.

Arip atau nama sebenarnya Omar Sharif Mat Din, 42, berkata, kata-kata hinaan itu tidak pernah melunturkan semangatnya malah kini dia dapat membuktikan bahawa dia mampu berjaya dalam program yang disertainya itu.

"Sebelum menyertai Kilauan Emas 4, saya kerja macam-macam seperti membancuh air di kedai makan, kerja kilang dan bemain muzik dan orang di kampung pula selalu memperlekehkan saya dan ada masanya diri dhina.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
"Tetapi saya tidak pernah patah semangat. Saya percaya jika berusaha, tidak kiralah kerja apa sekalipun, pasti akan berjaya.

"Dan kemenangan sebagai juara dalam Kilauan Emas 4 juga membuktikan saya mampu menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat," katanya.

Pada Rabu lalu, Arip diumumkan sebagai juara program siaran Astro itu yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry, trofi serta pakej percutian ke Bali.

                                        
Arip mahu menjadi seorang penyanyi profesional.

Arip turut menerima penghargaan Anugerah Khas Juri serta wang tunai sebanyak RM10,000 sebagai menambat hati juri dengan membuat persembahan terbaik.

Sementara itu, Arip berkata dia tidak akan menggunakan wang kemenangannya selagi tidak menghantar ibunya mengerjakan ibadah Haji kerana ia merupakan impiannya sejak dahulu lagi yang belum tertunai.

"Dah lama dah nak hantar ibu ke Mekah tetapi masa itu saya tak cukup duit. Memandangkan kejayaan saya dalam Kilauan Emas 4 juga kerana berkat doanya, maka saya mahu membelanjakan wang hadiah itu menghantar ibu menunaikan Haji pada tahun ini.

"Kemudian, saya akan membuat kenduri di kampung sebagai tanda syukur dengan kemenangan ini," ujarnya.

Ditanya apakah perancangannya selepas ini, Arip berkata, dia mahu mengubah taraf kehidupannya bersama dengan keluarga ke tahap yang lebih selesa.

Dalam pada itu, Arip yang mempunyai dua orang anak itu turut mahu mengembangkan bakat nyanyiannya di dalam industri seni muzik tempatan.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


0 comments: