Home » » Bukan dirogol tetapi ada lelaki simpanan

Bukan dirogol tetapi ada lelaki simpanan

Written By kall on Saturday 7 June 2014 | 09:39


Pilihan Anda

Bukan dirogol tetapi ada lelaki simpanan

Gambar hiasan
Polis hari ini mendapati pembantu rumah Indonesia yang sebelum ini mendakwa dirinya dirogol sehingga melahirkan anak rupa-rupanya melakukan hubungan seks secara sukarela.

Kes pembantu rumah tersebut menjadi berita hangat selepas mangsa mendakwa dirogol majikan manakala mayat anaknya dibungkus dan dibuang oleh ejen ke dalam gaung di Genting Highlands.

Siasatan terbaru bagaimanapun mendapati bayi lelaki dilahirkan pembantu rumah Indonesia tersebut merupakan hasil hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh yang merupakan pekerja potong rumput.

Namun kes itu dianggap 'dramatik' dan pelik kerana lelaki Bangladesh tersebut dilaporkan akan membayar RM180 sebagai 'duit poket' setiap kali selepas melakukan hubungan seks dengan pembantu rumah tersebut.

Pembantu rumah itu dilaporkan mula mengenali lelaki Bangladesh semasa bekerja di rumah majikan, malahan selalu membawa lelaki itu ke dalam rumah pada waktu malam.
Keratan akhbar China Press berhubung penemuan mayat bayi di gaung di Genting Highlands.

Polis akan mengambil DNA daripada lelaki tersebut untuk menyiasat sama ada dia merupakan bapa kandung kepada bayi yang dibuang ke dalam gaung.

China Press sebelum ini melaporkan pembantu rumah tersebut dirogol sehingga mengandung zuriat majikan, sementara ejen memaksanya menjual bayi yang dilahirkan.

Tanpa disangkakan, anak lelaki berumur enam bulan di bawah 'jagaan' ejen telah mati dan ejen itu terpaksa membungkus mayat dan membuangnya ke kawasan hutan di sekitar Genting Highlands.

Polis yang menerima maklumat telah menemui mayat bayi lelaki tersebut dan menahan ejen haram dan isterinya.

Dalam pada itu, mayat bayi tersebut dikenal pasti telah dibuang ke dalam gaung sekurang-kurangnya empat hari dan sudah reput.

Keadaan itu menyebabkan doktor yang melakukan bedah siasat berdepan kesukaran untuk mengenal pasti sama ada bayi itu mati akibat dera atau punca lain.

disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";