Home » » Dera Bekas Suami,Abby Balas Kenyataan Farhan.Ikuti Apa kata Abby

Dera Bekas Suami,Abby Balas Kenyataan Farhan.Ikuti Apa kata Abby

Written By kall on Wednesday 11 June 2014 | 17:33


Akak Dibalik Pintu

Dera Bekas Suami,Abby Balas Kenyataan Farhan.Ikuti Apa kata Abby

Farhan Cedera Dicakar & Dipukul Abby Abadi

                                         
Pelakon Abby Abadi disahkan bercerai talak satu dengan suaminya Muhammad Nor Farhan Che Bakar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai yang dibuat Farhan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 9 Mei selaku defendan adalah sah mengikut rukun dan syarat yang ditetapkan.

Bagaimanapun Farhan ketika ditemui memberitahu ada faktor lain yang menjadi punca berlakunya penceraian tersebut.

Lelaki berusia 24 tahun itu mendakwa dirinya telah dicederakan oleh bekas anggota kumpulan Elite itu secara fizikal di bahagian muka, tangan dan lengan.

Menurut Farhan, bekas isterinya itu sering meminta wang malah dia akan dimarahi sekiranya tidak memberikan jumlah yang dikehendakinya.

“Saya telah dicakar… Malah dia juga kata saya tidak membawa apa-apa kepentingan dan faedah kepada dirinya untuk meneruskan hubungan sebagai suami isteri,” katanya kepada media sebaik sahaja selesai perbicaraan kes penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Bagaimanapun, Farhan menyatakan dia telah pun membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

“Saya dah buat laporan polis… Ia untuk dijadikan sebagai bukti sekiranya hakim memerlukannya namun kes penceraian kami diselesaikan secara baik dan dipersetujui kedua belah pihak.” jelasnya.

Mengulas dakwaan mengenai kontroversi yang mengatakan dirinya sering keluar malam dan berkaroke, Farhan memberitahu khabar angin itu tidak tepat.

Selain itu, Farhan juga dengan tegas mengatakan dia tidak mungkin akan kembali bersama Abby kerana sudah tawar hati.

Pasangan ini bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.

Abby sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
DERA BEKAS SUAMI - APA KATA ABBY MELALUI INSTAGRAM?

                     
                 
41 MINIT LALU - abby_abadi112 Assalamualaikum. Sy buleh buka cerita dr mula utk sahihkan semua ni.... skrg siapa yg mulakan? Farhan kan? So jangan salahkan sy..... Kalau betul sy mendera mental & fizikal dia... tak akan adalah gmbr2 kebahagian yg sy kongsikan di IG ni... dekat IG dia pun buleh tgk sendiri........ dari situ buleh fikir siapa yg memburukkan siapa skrg ni... pasal cakar tu? Sy tak dengar cerita lagi... taktahu dia cerita apa... nk sy baca dulu ye... sabar
34 MINIT LALU - abby_abadi112 Nk tutup 'cerita dia' burukkan sy pulak.. alahai... baik dah sy ni x cerita punca pergaduhan ni.. bukan sekali dalam 11 bulan ni... berkali2.. sy diamkan je... skrg dia mula, sy sambut jer..
24 MINIT LALU - abby_abadi112 Jap2 @aynaacloset dia kata sy ugut minta duit?
23 MINIT LALU - abby_abadi112 Sy bertahan.... tak nak aibkan dia.. sy x cerita apapun ttg sbb terjadi sampai bercerai berai ni... alih2 dia cabar pulak... zaman sekarang ni klau diam org agak2 sendiri jd sy akan cari jalan terbaik utk semua ni.... Tunggu & sabar ye
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


0 comments: