Home » » Saya bebas keluar dengan siapa sahaja -Erra Fazira

Saya bebas keluar dengan siapa sahaja -Erra Fazira

Written By kall on Monday 2 June 2014 | 14:18


Pilihan Anda

Saya bebas keluar dengan siapa sahaja -Erra Fazira

SUSAH rupanya menjanda sebagai wanita cantik ini, ada sahaja cerita tidak benar tersebar tidak ikut masa. Kalau dikira primadona kita ini baru sahaja memegang status ini empat bulan lalu. Namun sudah ada dua kisah berlainan yang hinggap di carta gosip tempatan mengenai kononnya Erra Fazira kini sudah menemui pengganti.

Belum lagi ditambah kisah yang bekas suaminya kini juga khabarnya mahu rujuk semula sebagai keluarga bahagia. Kalau kita yang bukan empunya diri sudah rimas mendengar gosip sana sini, bagaimana pula Erra mengharungi waktu getir seperti ini. Bukan niat dia pun mahu mencipta kontroversi, malah kisah-kisah sebegini timbul bila ada yang mengambil terlebih berat soal Erra.

“Saya rasa benda ini timbul bila ada yang nampak saya sedang makan piza dan minum kopi dengan Shahir.

“Jujurnya perkara itu bukan luar biasa, saya juga keluar dengan rakan artis lain. Yang junior mahupun senior, hairan saya bila benda begini diperbesarkan," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian butik terbaharu RizamanRuzaini di Midfields, Sungai Besi, baru-baru ini.

Berkongsi intipati perbincangan dengan Shahir ketika berjumpa jelas Erra tiada apa yang perlu di kongsi dirinya. Malah lebih meyakinkan Erra turut memberitahu perbincangan itu lebih kepada perbincangan biasa antara rakan.

“Jangan salah erti pada kata-kata Shahir. Saya lihat sendiri temu ramah itu, dan memang dia nampak gugup bila ditanya soal ini. Kalau kita pun kalau tiba-tiba ditanya, saya kategorikan Shahir sebagai seorang budak yang baik.

“Apa yang dibicarakan kami lebih bersifat am, ada juga dia meminta nasihat lakonan. Benda biasa," katanya.

Tidak mahu jauh tersasar, Erra nasihatkan agar hubungan ini tidak terus dijadikan senjata untuk meletakkan dia dalam situasi tidak selesa. Dengan jelas memberitahu siapa Shahir dalam dirinya, Erra pohon agar dia diberi ruang untuk berkawan.

“Saya anggap Shahir sebagai rakan. Sama seperti rakan-rakan saya yang lain. Tiada definisi istimewa atau apa.

“Jujurnya buat masa ini saya tidak fikir hubungan serius lain. Sampai bila saya tidak tahu, semua itu bukan kuasa saya," katanya.

Sebelum ini juga ibu kepada seorang anak ini turut dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang ahli politik. Dalam hal ini Erra ternyata ralat malah menjelaskan prinsip sebenar dirinya yang enggan melayan mana-mana suami orang.

“Sebelum ini juga saya dikaitkan dengan ahli politik, yang saya langsung tidak kenal. Jujur saya katakan saya lebih selesa dikaitkan dengan orang bujang dari suami orang.

“Kalau boleh saya akan elakkan berkawan dengan suami orang," katanya.

Tatkala bekas suami cuma melancarkan “kempen" memenangi hatinya semula, Erra lebih senang mendiamkan diri. Baginya tidak perlu ditanya soal ini memandangkan dia lebih mementingkan kebahagiaan anak tunggalnya Engku Aleesya.

“Saya fikir soal itu sensitif, saya lebih pentingkan Aleesya dari hal lain.

“Buat masa ini memang kami baik. Sama seperti ibu bapa yang lain, kami akan sentiasa berada bersama Aleesya jika dia memerlukan kami bersama," katanya.

Bercerita soal bulan Ramadan yang bakal menjelang beberapa minggu lagi, jelas Erra semuanya sama sahaja buat dirinya memandangkan bulan itu masih bulan mencari rezeki buat dirinya. Bakal menyambut raya sebagai ibu tunggal tahun ini, pastinya giliran bersama Aleesya sedikit menggembirakan dirinya.

“Semuanya sama, tetapi bulan Ramadan saya tidaklah seaktif bulan lain. Tahun ini giliran saya beraya bersama Aleesya memang persiapan itu akan lain sedikitlah, memang tidak sabar sebenarnya," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140530/hi_04/Saya-boleh-keluar-dengan-sesiapa#ixzz33RmG41Xa
© Utusan Melayu (M) Bhd
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"});


0 comments: