Home » » Salahkan Pas: Bukti DAP angkuh, rasis

Salahkan Pas: Bukti DAP angkuh, rasis

Written By kall on Friday 6 June 2014 | 11:39


Pilihan Anda

Salahkan Pas: Bukti DAP angkuh, rasis

JERLUN 5 Jun - Tindakan DAP yang sanggup menyalahkan sekutu pembangkang, Pas berhubung kekalahan calonnya, Dyana Sofya Mohd. Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan barubaru ini menunjukkan parti itu didominasi oleh pemimpin yang angkuh dan sombong.

Penganalisis politik, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah turut menyifatkan perbuatan itu kian mendedahkan wajah rasis DAP yang sanggup mengheret isu hudud sebagai punca kepada kekalahan tersebut.

"Pas sudah sekian lama memperjuangkan hudud dan dalam tempoh itu, sudah berapa kali membantu DAP untuk memenangi pilihan raya. Tetapi DAP sanggup mengatakan rakan sekutunya itu sebagai punca mereka kalah.

"Saya fikir itu jelas menunjukkan yang mereka tidak menghargai Pas biar pun sudah lama bergandingan. Sepatutnya, parti itu menilai kelemahan sendiri sebelum membuat tuduhan sebegitu malah tiada sebab untuk mereka mengaitkan isu agama dalam hal ini," katanya ketika ditemui pemberita dalam Program Sarana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Parlimen Jerlun di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, di sini hari ini.

Kelmarin, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Gobind Singh Deo melalui laman sosial Facebooknya menyifatkan ketegasan Pas yang berkeras mahu melaksanakan hudud di Kelantan sebagai faktor yang mendorong kepada kekalahan Dyana Sofya di Parlimen Teluk Intan.

Tindakan itu jelas tidak disenangi beberapa pemimpin Pas termasuk Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang meminta DAP mencermin diri sendiri setelah hanya menampilkan Dyana Sofya yang disifatkan bukan calon terbaik sehingga menimbulkan kemarahan rakyat di situ.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, pemerhatiannya mendapati ada dua faktor yang mendorong kaum Cina dan Melayu menolak DAP untuk mewakili mereka di Parlimen Teluk Intan.

"Bagi kaum Cina, mereka marah kepada parti itu kerana menampilkan calon Melayu. Disebabkan itu, ramai tidak keluar mengundi kerana kecewa dengan pencalonan Dyana Sofya. "Orang Melayu pula tidak suka dengan Dyana Sofya yang celupar memperjuangkan kemasukan semua kaum ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) selain tidak konsisten dalam beberapa isu termasuk hudud," ujarnya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan Barisan Nasional (BN) agar tidak terleka dengan kemenangan itu kerana sokongan kaum Cina terhadap mereka masih belum terbukti.

"Bersandarkan pemerhatian, kaum Cina masih belum kembali kepada BN. Cuma mereka marah kepada DAP kerana meletakkan calon bukan daripada kaum itu dan membuat protes.

"Kejayaan ini belum tentu menjamin kemenangan BN di Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya umum akan datang, jadi BN usah terlampau mendabik dada kerana masih banyak perkara perlu dilakukan," katanya.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Politik/20140606/po_02/Salahkan-Pas-Bukti-DAP-angkuh-rasis#ixzz33pIdioDX
© Utusan Melayu (M) Bhd

disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: