Home » » Rakan abang ipar usap kemaluan ketika tidur

Rakan abang ipar usap kemaluan ketika tidur

Written By kall on Tuesday 3 June 2014 | 16:42


Pilihan Anda

Rakan abang ipar usap kemaluan ketika tidur

SIBU – Seorang budak perempuan berusia 12 tahun dari Sibu Jaya mendakwa dirinya dicabul dua rakan abang iparnya ketika sedang tidur awal pagi Ahad lalu.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 2 pagi ketika mangsa menyedari dia dipeluk oleh seseorang ketika sedang tidur di ruang tamu bersama adiknya yang berumur dua tahun.

Disebabkan tidak dapat melihat dalam kegelapan, mangsa bertindak menolak tangan lelaki itu dan bertanya siapa orang berkenaan.

Lelaki itu menjawab bahawa dia adalah rakan kepada abang iparnya dan tidak lama kemudian dia cuba meraba badannya.

Mangsa yang berasa tidak selesa bertindak menyepak dan menumbuk lelaki tersebut, sebelum melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan di dalam bilik ibunya.

Budak perempuan tersebut kembali ke ruang tamu semula apabila mendapati lelaki itu sudah beredar dari situ.

Ketika itu, dia mendapati seorang lagi lelaki masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur dan terus baring di sebelah adiknya.

Mangsa pura-pura tidur dan berdiam diri namun tertidur di situ.

Pada jam 5 pagi, mangsa sekali lagi dipeluk oleh lelaki berkenaan yang memasukkan tangannya ke dalam seluar dalamnya.

Apabila mangsa terasa kemaluannya disentuh, dia terus menjerit dan bergelut dengan lelaki itu sehingga berjaya melepaskan diri dan masuk semula ke dalam bilik tidur ibunya.

Mangsa percaya dia telah dicabul oleh dua lelaki yang dikenali oleh abang iparnya.

Ahli keluarganya membawa mangsa untuk membuat laporan di balai polis di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi ketika dihubungi mengesahkan laporan tersebut.

Menurutnya, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"});