Home » » Penduduk M'sia tak perlu pasang antenna TV lagi - Nik Abdul Aziz

Penduduk M'sia tak perlu pasang antenna TV lagi - Nik Abdul Aziz

Written By kall on Thursday 5 June 2014 | 15:47


Pilihan Anda

Penduduk M'sia tak perlu pasang antenna TV lagi - Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR: Lapan puluh lima peratus penduduk Malaysia boleh menikmati kualiti gambar dan suara yang lebih baik, selain dapat menonton televisyen percuma ke udara (FTA) berdefinisi tinggi (HD) pada April tahun depan.

Pengarah Puncak Semangat Sdn Bhd Datuk Hilmi Mohd Noor berkata manfaat TV digital akan dinikmati oleh penonton di pantai timur sebaik fasa satu projek TV terestrial digital (DTT) dilaksanakan untuk Pahang, Terengganu dan Kelantan pada Januari 2015, katanya.

Fasa dua yang meliputi kawasan Sabah dan Sarawak dijangka dilaksanakan pada bulan berikutnya manakala fasa tiga meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Peralihan kepada penyiaran digital dari segi perkhidmatan DTT, akan selesai pada April 2016, yang meliputi kawasan Selangor, Putrajaya dan semua ibu negeri dan bandar," kata Hilmi pada pelancaran perkhidmatan DTT di sini pada Rabu, yang disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKM) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Kebanyakan penduduk Malaysia tidak lagi perlu memasang antena analog konvensional di luar rumah memandangkan pendigitalan perkhidmatan hanya memerlukan peti 'set-top' yang membolehkan set TV menerima isyarat digital, kata Pengarah Projek Nik Abdul Aziz Yaacob.

Peti set-top, peranti penerima yang akan mengekodkan isyarat digital, berharga kira-kira RM200, katanya, dan menambah syarikat itu belum memuktamadkan harga sebenar.

Syarikat itu akan mengedarkan dua juta peti set-top termasuk antena mudah alih dalam rumah kepada isi rumah luar bandar sebagai sebahagian pelan syarikat untuk memulakan peralihan kepada penyiaran digital, katanya.

Penerima akan dipilih menerusi pangkalan data e-Kasih dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), katanya dan menambah hadiah itu merupakan sebahagian daripada perjanjian syarikat dalam dokumen tender kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Puncak Semangat diberikan konsesi 15 tahun oleh SKMM untuk membangunkan infrastruktur DTT dan kemudahan rangkaian.

Berikutan kelulusan itu, badan penyiar FTA lain perlu beralih kepada platform digital sepenuhnya, yang membolehkan mereka menyediakan lebih banyak saluran televisyen dan radio berbanding platform analog sedia ada.

Nik Abdul Aziz berkata digital yang tidak menggunakan banyak spektrum, membolehkan badan penyiar menawarkan saluran dan perkhidmatan baharu dalam format digital.

"Mereka mempunyai peluang untuk melancarkan saluran baharu dan khusus selain berpotensi menjana perolehan tambahan dan baharu menerusi saluran TV berbayar," katanya.

Puncak Semangat menyasarkan setiap isi rumah di Malaysia berpeluang menikmati DTT dan manfaat luasnya menjelang akhir 2016.

Selain gambar dan suara yang lebih berkualiti, penonton akan dapat mengakses lebih banyak saluran FTA dan perkhidmatan TV interaktif termasuk membeli belah dari rumah, langganan dan perkhidmatan Internet terpilih, katanya.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: