Home » » Datuk acu parang, rogol cucu di Kelantan

Datuk acu parang, rogol cucu di Kelantan

Written By kall on Thursday 5 June 2014 | 22:53


Pilihan Anda

Datuk acu parang, rogol cucu di Kelantan

KOTA BHARU 5 Jun - Perbuatan tidak berperikemanusiaan seorang mekanik yang sanggup merogol cucu kenalannya berusia 16 tahun dengan mengancamnya dengan sebilah parang mendapat pembalasan apabila dia dihukum penjara 12 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Mohd. Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap Rozlan Hamzah, 46, setelah lelaki itu hari ini mengaku bersalah merogol mangsa di sebuah rumah tanpa nombor di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Embak, Kuala Krai.

Tertuduh didakwa merogol remaja itu dan menyebabkannya berada dalam ketakutan boleh dicederakan kerana diacu parang kecil antara pukul 12 tengah hari dan 3 petang, 15 November tahun lalu.-UTUSAN ONLINE

disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


0 comments: