Home » » Agama Zarena , campur-campur, keturunan pula Hindu.

Agama Zarena , campur-campur, keturunan pula Hindu.

Written By kall on Tuesday 3 June 2014 | 22:24


Akak Dibalik Pintu

Agama Zarena , campur-campur, keturunan pula Hindu.

                           
PETALING JAYA 3 Jun - Tindakan seorang wanita Islam yang melangsungkan perkahwinan bersama lelaki Hindu di sebuah kuil di sini Ahad lalu berpunca daripada sikap bapa yang melepaskan tanggungjawab mendidik keluarga mengikut cara hidup Islam.

Tinjauan wartawan Rakyat News ke lokasi kuil di Jalan SS 1/25 mendapati rata-rata responden memberitahu bahawa pengantin wanita Zarena Abdul Majid, 32, atau dikenali dengan nama 'Amoi' merupakan pengikut ajaran agama Hindu dari usia kanak-kanak sejak 'kehilangan' bapanya.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Sepupu Zarena, Kannah Subramaniam,39 berpendapat, Abdul Majid yang berkahwin dengan wanita beragama Hindu (ibu Zarena) dilihat gagal mendidik anak-anak dan isterinya mengikut landasan Islam sebenar.

                         

Bahkan perkahwinan yang tidak bertahan lama itu juga menjadikan ahli keluarganya termasuk Zarena terkeliru dan kembali mengikut ajaran agama asal.

"Kita panggil Zarena 'Amoi', mereka (agama keluarga) campur-campur, keturunan mereka adalah Hindu.

"Saya rasa mungkin bapa dia tidak ajar (cara Islam). Bapanya jarang balik, ibunya masih ada. Mereka (adik beradik Zarena) sejak kecil datang sembahyang disini ikut cara Hindu," katanya.


Dalam masa sama, seorang kenalan, Rajadran Kanniapan, 47, berkata, Abdul Majid pernah menuntut kereta dan rumah sekiranya isteri beliau mahu menukarkan status agama anak-anak mereka.

"Bapa dia cakap kalau mahu tukar (bersetuju tandatangan), dia mahu (ganjaran) sebiji rumah dan kereta," ujarnya.

Selain itu, adik kepada Zarena, Sahul Salleh, 28, memjelaskan bahawa beliau dan adik beradik yang lain turut serta hadir ke JAIS bagi menjelaskan mengenai pegangan agama mereka.

Beliau juga telah memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertujuan mengemaskini status mereka.
                          
"Kami mengatakan (kepada JAIS) di sini kita tidak buat salah. Kalau salah kenapa kita pasang khemah dan buat kenduri macam ini.

"Kad pengenalan (Zarena) ada tertulis 'beragama Islam'. Nama saja, tetapi keturunan semua India dan kami tidak mengamalkan ajaran Islam. Kita cakap kepada JAIS untuk tukarkan nama di dalam IC. Semalam kami semua pergi ke JPN di Shah Alam dalam (bangunan) JAIS," tegas beliau.

Sementara itu, pandangan sama diterima wartawan Rakyat News apabila menemui jiran-jiran di kawasan tempat tinggal Zarena yang tidak jauh dari kuil tersebut.

Wan (bukan nama sebenar) berkata, Abdul Majid dilihat tidak memandang berat berhubung soal pegangan agama anak-anak.

"Ayah dia (Zarena) merupakan orang Islam, ambil ringan dalam soal ini. Manakala Fatimah (ibu kepada Abdul Majid) memang semuanya (ahli keluarga) beragama Islam. Sejak kecil dia (Zarena) ikut agama Hindu. Memang dia ikut agama Hindu.

"Sebab itu orang di sini buat tak tahu. Dia (Abdul Majid) tidak bertanggungjawab. Orang di sini tidak boleh buat apa," katanya yang enggan nama disiarkan.

Cubaan wartawan untuk menemui Zarena bagaimanapun gagal setelah pintu rumahnya berkunci dipercayai keluar bekerja.

                          
Pada Ahad lepas, pihak JAIS telah bertindak menyerbu ke dalam majlis perkahwinan Zarena.

Bagaimanapun tindakan JAIS itu tidak mendatangkan sebarang insiden kekecohan kerana kedua-dua pihak memberikan kerjasama.

Zarena kemudiannya dibebaskan setelah keterangan diambil oleh JAIS.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


0 comments: