Home » » Dulu Kuli Sekarang Tokey Punch Card

Dulu Kuli Sekarang Tokey Punch Card

Written By kall on Sunday, 11 May 2008 | 22:43

KETIKA memasuki alam pekerjaan 17 tahun lalu, dia hanya ‘kuli’ yang diberi gelaran ‘budak punch card’ oleh pelanggannya gara-gara kerap melakukan tugasan menyelenggara dan membaiki mesin kad perakam waktu.

Masih terngiang-ngiang di ingatan betapa dia kerap men jadi bahan gurauan kerana apabila berkunjung ke lokasi tertentu untuk melakukan pekerjaan itu akan kedengaran ungkapan “Eh... ‘budak punch card’ dah sampai.”


Namun, itu kisah lama, kerana ‘budak punch card’ itu kini bukan sembarangan. Pada usia 34 tahun, dia memiliki empayar perniagaannya, malah menjadi ‘bos’ untuk 21 pekerja.

Jika dulu dia hanya mampu menyelenggara dan membaiki mesin kad perakam waktu, kini dia membekalkan mesin itu. Lebih membanggakan, mesin berkenaan hanya satu daripada produk dibekalkan syarikatnya kerana kini semua peralatan pejabat, tidak kira kecil atau besar, mahal atau murah, semua disediakan syarikatnya.

Menerusi syarikat Perniagaan Citra Masa, PCM Office Product Sdn Bhd dan PCM Office Services Sdn Bhd, apa saja yang berkaitan peralatan pejabat kini di bawah telunjuknya.

Itulah kelebihan Addy Md Sabuan yang hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan keputusan ‘tidak seberapa’.

Ketika ditemui di pejabatnya di Sentul baru-baru ini, tanpa berselindung Addy meluahkan betapa dia terpaksa men depani terlalu banyak cabaran sebelum mampu menikmati kedudukan selesa hari ini.

Menurut Addy, jika tidak kuat semangat dan mudah putus asa, mungkin sehingga hari ini dia masih bergelar ‘budak punch card’.

“Untuk mendapatkan pekerjaan dengan keputusan SPMV yang tidak seberapa pun satu hal juga. Bagaimanapun, saya bersyukur apabila pada 1991 saya dapat kerja sebagai pe nyelenggara dan pembaik pulih peralatan pejabat di satu syarikat.

“Ketika itu memang saya meletakkan azam mahu bekerja bersungguh-sungguh sebab sedar pendidikan saya tak se berapa,” katanya.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, tanpa latar belakang dalam bidang elektronik, dia mempelajari bidang itu sehingga mampu menguasai ilmu penyelenggaraan dan pem baikan barangan pejabat berasaskan elektronik.

“Ketika itu saya banyak memberi tumpuan kepada mesin perakam waktu sehingga mendapat gelaran ‘budak punch card’. Saya tidak kecil hati dengan gelaran itu, sebaliknya membuktikan saya benar-benar pakar menyelenggara dan membaiki alat berkenaan.

“Pada masa sama, saya menjalin hubungan baik dengan pembekal peralatan pejabat. Selama lima tahun bekerja dalam bidang itu, saya mula merancang membuka perniagaan sendiri kerana nampak masa depannya,” katanya.

Menurut Addy, begitupun sebelum membuka perniagaan sendiri, dia merancang membantu syarikatnya supaya lebih maju kerana yakin dengan kemampuannya.

“Dengan penuh bersemangat saya beritahu majikan, saya mahu membantu memajukan perniagaannya dengan me mohon kenaikan gaji dan beberapa pembantu. Saya yakinkan majikan bahawa saya akan menggandakan keuntungan sya rikat.

“Bagaimanapun, dia tidak yakin dengan kemampuan saya dan menolak permintaan saya. Memandangkan saya nekad mahu berniaga sendiri, sebaik dia menyatakan tidak terhadap permintaan saya, saya terus letak jawatan,” katanya.

Addy berkata, bekas majikannya menyahut cabarannya apabila dia bersedia menjadi pesaingnya jika membuka perniagaan sendiri.

“Ketika itu memang saya nekad. Modal dan perancangan memang tidak ada, tetapi semangat saya berkobar-kobar untuk membuka perniagaan sendiri.

“Saya bertambah bersemangat apabila bekas majikan me nyahut cabaran saya,” katanya.

Menurut Addy, situasinya selepas meletak jawatan memang genting kerana dia baru berkahwin.

“Wang yang dikumpul semuanya habis dibelanja untuk perkahwinan. Memang saya tiada wang.

“Entah bagaimana, ketika bapa mentua mengira wang hasil sumbangan orang ramai ketika majlis perkahwinan, terdetik di hati mahu meminjam wang daripadanya untuk sara hidup dan memulakan perniagaan. Saya diberi RM500 oleh bapa mentua,” katanya.

Addy berkata, dengan semangat berkobar-kobar, dia ber hasrat membuka akaun perniagaannya.

“Sampai di bank, hasrat saya untuk membuka akaun syarikat Enterprise tidak kesampaian apabila diberitahu saya perlu menyediakan RM2,500.

“Saya hanya ada RM500. Mahu tidak mahu, saya terpaksa meminjam daripada ibu saya. Saya meyakinkannya bahawa wang itu tidak akan digunakan dan hanya digunakan sebagai wang simpanan syarikat,” katanya yang turut meminta ibunya mendoakan kejayaan perniagaannya ketika itu.

Menurut Addy, dalam keadaan ‘sesak’, dia berjaya men daftarkan perniagaannya pada 13 Jun 1995 dengan nama Perniagaan Citra Masa Enterprise.

“Ketika berjaya mendaftarkan perniagaan dan menyewa bilik kecil untuk dijadikan pejabat, keadaan saya menye dihkan.

“Sudahlah tiada wang, kereta pula sudah lama tidak dibayar sehingga satu ketika hampir ditarik. Mujur boleh selesai,” katanya.

Addy berkata, hubungan baiknya dengan pembekal me nyelamatkannya daripada bungkus dalam perniagaan.

“Saya diberi kredit (hutang), tetapi saya buktikan ke percayaan diberi tidak disia-siakan. Saya sempurnakan pem bayaran mengikut waktu ditetapkan.

“Boleh dikatakan hubungan saya dengan pembekal yang semuanya bukan Melayu umpama sahabat baik. Alham dulillah, perlahan-lahan saya mengukuhkan perniagaan sa ya,” katanya.

Menurut Addy, umpama ‘bekerja bagai tak ingat dunia’, dia terpaksa bertungkus lumus mencari pelanggan dan me lakukan kerja penyelenggaraan dan pembaikan sendiri.

“Apabila ada sedikit modal, saya ambil seorang dan ke mudian dua pekerja. Berkat kesabaran dan kesungguhan, perniagaan saya semakin maju,” katanya.

Addy berkata, ketika dalam keadaan semakin selesa, bagai dipanah halilintar, perniagaannya jatuh merudum pada 2003 akibat tersilap percaturan kerana memberi kepercayaan ke pada orang lain untuk menguruskan syarikat.

“Hutang saya mencecah jutaan ringgit berikutan akaun syarikat tidak dijaga dengan baik oleh orang yang di amanahkan menjaga syarikat.

“Bayangkan, saya tidak mampu menggaji 11 pekerja ketika itu sehingga semuanya meninggalkan saya terkontang kan ting sendirian. Sampai satu tahap, saya menangis... meraung di dalam bilik stor kerana terlalu tertekan,” katanya.

Menurut Addy, ketika itu dia mendapat banyak pengajaran, antaranya dia kenal siapa kawan dan siapa lawan.

“Paling saya terharu, isteri sentiasa memberi sokongan. Saya bermuhasabah diri dan terus meletakkan tekad tidak akan berundur daripada perniagaan yang sudah lama di jalankan.

“Alhamdulillah, saya berjaya membangunkan kembali per niagaan setahun kemudian dan hinggalah hari ini perniagaan saya terus berkembang pesat,” katanya.

Dalam bertungkus lumus memajukan perniagaannya, Addy tidak dapat lupa bagaimana dia mengambil alih syarikat bekas majikannya yang satu ketika dulu meletakkan cabaran supaya bersaing dengannya.

“Saya bukan saja mengambil alih syarikat itu, malah menggaji bekas majikan dengan jawatan pengurus,” ka tanya.

Menarik mengenai Addy, boleh dikatakan semua pe kerjanya diambil daripada latar belakang berbeza.

Paling menarik, kebanyakannya bermula dari bawah tanpa pengalaman luas dalam bidang yang dikendalikan.

“Niat saya hanya mahu membantu anak bangsa. Jika tiada pengalaman, saya beri didikan sehingga mahir dalam bidang diceburi.

“Alhamdulillah, ramai pekerja saya kini setia dengan pekerjaan mereka,” katanya yang turut menawarkan insentif percutian di luar negara jika menunjukkan prestasi baik dan mencapai sasaran jualan.

PROFIL

NAMA: Addy Md Sabuan

UMUR: 34 tahun

ASAL: Selayang, Selangor

PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)

JAWATAN: Pengurus Perniagaan Citra Masa Enterprise, Pengarah Urusan PCM Office Product Sdn Bhd dan Pengarah Urusan PCM Office Services Sdn Bhd

ISTERI: Nor Suahaila Abu Khir

ANAK: Nor Adreena (11), Mohemmad Aiman Affan (9) dan Nor Adriana (1)