Home » » Pn Nora MIRSB Gigih Berusaha

Pn Nora MIRSB Gigih Berusaha

Written By kall on Tuesday, 25 March 2008 | 23:48


NAMA: Wan Norai Wan Ismail
USIA: 42 tahun
LAHIR: 20 Mei 1966 di Dungun, Terengganu

JAWATAN: Timbalan Presiden Mobile Income Resources Sdn Bhd (MIRSB)
SUAMI: Abdul Aziz Yunus
ANAK: Mohd Rashdi (21); Raznataliya (19); Mohd Noor Hisham (17) dan Mohd Alex Petra (7)

PENDIDIKAN: Sekolah Rendah Kebangsaan Teruntum, Kuantan, Pahang; Maktab Rendah Sains Mara, Kuantan; Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Dalaman TAFE College, Brisbane, Australia; Ijazah Lanjutan (Master) Perhubungan Awam dan Komunikasi Massa dari University South Wales, Australia


KEHIDUPAN wanita bernama Wan Norai Wan Ismail, 42, ini penuh onak dan duri. Sejak kecil hingga berkahwin, cabaran dalam bentuk kepayahan dan kesusahan hadir silih berganti.

Ada tanah, terpaksa dijual; tiga kereta yang dimiliki hasil titik peluh sendiri ditarik pihak bank. Syarikat yang ditubuhkan pula terpaksa ditutup, sekali gus menjadikan kehidupannya sekeluarga terumbang-ambing.

Namun, Timbalan Presiden Mobile Income Resources Sdn Bhd (MIRSB) itu tidak pernah menyesal, jauh sekali mengeluh dengan apa yang dilalui.

Berkat kesabaran selain keikhlasan dan ketekunan bekerja, nasib ibu empat cahaya mata itu berubah dalam sekelip mata.

Dalam tempoh dua tahun selepas menceburi perniagaan berasaskan komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) melalui MIRSB, Wan Norai atau lebih dikenali Nora, kini antara usahawan wanita Bumiputera berjaya.

Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu selayaknya digelar jutawan, malah dalam tempoh sesingkat itu beliau berjaya menebus ‘kehilangan’ tiga kereta sebelum ini kepada empat kereta mewah iaitu dua Mercedes Benz, BMW dan Nissan Fairlady hanya kurang dua tahun.

Meskipun berjaya, wanita ini yang lebih selesa membahasakan dirinya Kak Nora tidak meninggi diri, jauh sekali bermegah atau sombong dengan kejayaan dikecapi.

“Saya berpijak di bumi nyata dan tidak lupa asal-usul sendiri. Saya sentiasa ingat, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,” katanya.

Mungkin ramai mengenalinya, apatah lagi wajahnya hampir saban hari terpampang di akhbar atau media elektronik melalui iklan yang disiarkan.

Melalui program yang diperkenalkan sejak 2006 itu, 10,000 orang atau peserta menyertainya dan kini mula menunjukkan hasil.

Begitupun, apa dialami Nora hari ini tidak datang bergolek, malah puas dia melalui pelbagai pahit getir yang pasti terpahat kukuh di ingatan.

“Saya anak orang susah, ayah kerja tukang gunting rambut, manakala emak tukang jahit. Meskipun anak tunggal, hidup saya tidak senang, malah saya tidak pernah bermain patung mainan sebenar. Jika teringin, saya ambil batang aiskrim dan ikat kain perca untuk dijadikan anak patung,” katanya.

Sejak kecil, Nora dididik dengan cara hidup susah dan berdikari. Ketika rakan lain sibuk bermain selepas waktu persekolahan, Nora pula sibuk mengemas rumah, membasuh pakaian dan memasak pada usia sembilan tahun.

Setiap malam ibunya, Minah Hassan mengajar mengaji sambil tangannya asyik menjahit dan lebih membanggakan, Nora khatam al-Quran enam kali.

Namun pada usia sembilan tahun, Nora melalui episod sedih apabila ibu bapanya berpisah dan sejak itu hidupnya berubah.

“Selepas berpisah, saya tinggal dengan emak. Untuk meneruskan kehidupan, emak berniaga menjual makanan. Habis sekolah, selepas siap mengemas rumah dan masak, saya tolong emak. Malam, emak mengajar mengaji sambil menjahit,” katanya.

Meskipun ibu bapanya berpisah, Nora menunjukkan prestasi cemerlang daripada segi akademik. Ketika di sekolah rendah, Nora memegang jawatan Ketua Pengawas dan aktif dalam permainan hoki.

Kecemerlangan dalam kedua-dua bidang itu diteruskan di sekolah menengah dengan memegang pelbagai jawatan sama ada persatuan, sukan dan akademik.

“Emak berkahwin lain ketika saya darjah empat dan beberapa tahun kemudian ayah pula. Selepas itu, saya berpindah-randah, sekejap duduk rumah ayah dan sekejap dengan emak.

“Ketika di tingkatan dua, saya tinggal di asrama dan aktif dalam sukan dan persatuan. Selepas tamat SRP (Sijil Rendah Pelajaran), saya diterima masuk ke MRSM tetapi nama tiada.

“Begitupun, ketika di tingkatan lima, saya dipanggil sekali lagi ke MRSM dan masuk ke sana, sekali gus memperoleh keputusan 9A dalam SPM,” katanya.

Menurutnya, meskipun mendapat keputusan cemerlang, dia tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke mana-mana. Selepas itu, Nora berkhidmat sebagai guru sementara di Gombak sebelum diterima bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan dan ditempatkan di Australia selama 12 tahun.

Dalam tempoh bekerja itu, Nora berjaya menggenggam dua Ijazah Lanjutan dalam Perhubungan Awam dan Komunikasi Massa dari University South Wales.

Pada 2002, Nora kembali ke Malaysia berbekalkan sedikit modal. Dengan wang yang ada, beliau pulang ke Terengganu, membeli tanah seluas 1.4 hektar serta tiga kereta untuk diri, keluarga dan ibunya.

Modal itu juga digunakan untuk menubuhkan syarikat menjual enjin bot. Perniagaannya mendapat sambutan, namun hanya bertahan dua tahun sebelum ditutup angkara hasad dengki manusia.

Tidak cukup dengan itu, Nora diuji lagi apabila tiga kereta yang dibeli ditarik bank kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan. Begitu juga tanah yang dibeli terpaksa diserahkan kepada pemiliknya.

“Lebih menyedihkan, kereta kena tarik pada malam raya ketika orang lain bergembira, tetapi saya mohon simpati kepada penarik kereta supaya memberi sedikit masa lagi. Saya masih ingat lagi, pada malam itu, saya hanya ada RM12.80, itupun duit untuk mengisi minyak,” katanya sambil menitiskan air mata.

Selepas melalui detik hitam itu, Nora memohon dan diterima bekerja di jabatan perhubungan awam di Petronas, Kertih. Sekali lagi hasad dengki manusia membuatkannya nekad berhenti kerja pada 2004.

Selepas itu, Nora menjual nasi lemak dan nasi dagang. Hasil perniagaan itu, beliau mengumpul RM4,000 untuk digunakan sebagai modal perniagaan minyak wangi.

“Hajat di hati hendak gunakan duit itu membeli minyak wangi dari luar negara, tetapi pada satu hari rumah saya dipecah masuk, habis semua barang berharga, termasuk duit berkenaan, hilang.

“Masa itu, nak beli susu anak pun tiada duit. Saya buntu dan memberitahu emak mengenai hasrat yang tidak kesampaian. Emak kemudian membuat pinjaman RM3,000 di Tekun (Yayasan Tekun Nasional) tetapi dia ambil RM1,500 untuk membeli mesin jahit. Wang RM500 saya buat modal beli minyak wangi,” katanya.

Nora kemudian berniaga minyak wangi di tapak ekspo Kuala Terengganu. Satu hari, beliau didatangi kakitangan jualan MIRSB yang mencadangkannya mengiklankan minyak wangi itu di Internet.

Malah, sepanjang berjumpa wakil jualan dikenali sebagai Siti Rohafiza itu, Nora berjaya menarik empat pelanggan menyertai iklan berkenaan.

“Rohafiza kemudian memberitahu pengasas MIRSB, Datuk Dr Zubir Yahya apa yang saya lakukan. Keesokannya, Dr Zubir menghubungi saya dan berminat melantik saya sebagai ejen.

“Ketika itu saya hanya ada RM500, tetapi Dr Zubir kata jika nak jadi ejen memerlukan RM32,000. Bagaimanapun, beliau faham dan benarkan saya jadi ejen dengan wang sebanyak itu,” katanya.

Sejak itu, Nora tidak menoleh ke belakang. Hasil usaha kerasnya dengan memperkenalkan iklan kepada orang ramai melalui Internet, beliau mencatatkan pendapatan di luar jangkaan.

Bulan pertama menjadi ejen pada September 2006, Nora memperoleh RM1,750 dan selepas empat bulan, ia mencecah RM58,000 sebulan. Melihatkan kejayaan di luar jangkaan, Dr Zubir menawarkan jawatan Pengurus Besar kepada Nora sebelum menjawat jawatan Timbalan Presiden MIRSB.

4 comments:

Anonymous said...

Saya nak deposit saya RM3,000 balik. Duit itu tak akan saya halalkan dunia akhirat.

Anonymous said...

(HOI NORA! KLAU KO XDE DUET NAK BELI SUSU ANAK! PERAH LA SUSU KO SENDIRI KASI ANAK KO! XPUN KLAU DAH KEREPOT XDE SUSU, KO BOLEH PERAH SUSU ANJING ATAUPUN SUSU KUCING KASI ANAK KO MAKAN DARIPADA KO PERAH DUIT HARAM UTK KASI ANAK2 KORANG MAKAN...KESIAN KAT ANAK2 KORANG NANTI BERDARAH DAGINGKAN WANG HARAM YG DILAKNAT ORANG RAMAI)

DENGAN BANGGA NYA AKU MEMBERITAHU…BAHAWASANYA MIRSB YG BARU KE, YANG LAME KE, YG APE TAH LAGI HARAMJADAH ASALKAN DARIPADA DORANG NIE DAN PRODUK2 KEPARAT MEREKA SKRG, DIAMBANG KEMUSNAHAN APABILA OPIZ THE MALL DAH DISITA..SAME JUGAK NGAN OPIZ KAT THE MINES WATERFRONT SANE..DGR CERITE SUME PEKERJA2 MEREKA TELAH BERHENTI KERJA KERANA TIDAK DIBAYAR GAJI 2BULAN DIMANA ORG2 ATASAN SEMUA MELARIKAN DIRI,MIRSB BANGSAT NIE LINGKUP ADALAH KERANA, SI APE JADAH ZUBIR NIE TELAH MENGGUNAKAN KESEMUA DUIT YG ADA UTK MELABUR DLM BISNES BIKEN FILEM DIER YG LAGI 1, DAN TELAH MENGALAMI KERUGIAN DIMANA HABIS KESEMUA DUIT2 MEREKA…DAN DGN BANGGA NYA AKU MEMBERITAHU…YG ENGKAO ORG SEMUA TELAH DITIPU BUTE2….BULAT2..HIDUP2…SYSYEM MEREKA TIDAK PERNAH WUJUD YG ADE ADALAH KATE2 KOSONG…OK LG 1, KORANG PERNAH TAK BERJUMPE ORG YG DAH JD JUTAWAN ATAUPUN YG JD SENANG LA, SEPERTI YG DIGEMBAR GEMBURKAN DISEBABKAN MENGGUNAKAN SYSTEM MEREKA…ADE X??? TAK ADA SORANG PUN, MALAH KESEMUA PELANGGAN YG TELAH MEMBELI HANYA MERASAKAN DIRI MEREKA ADALAH BODOH YG TELAH TERTIPU DIMANE MEMAKAI SYSTEM YG PENUH DGN ERROR RALAT BUG SANE SINI…YG KAYE ADALAH MEREKA YG BEKERJA UTK MENIPU KORANG SUME, YG KAYE ADALAH MEREKA YG BERUSAHA UTK MENIPU KORANG, MEREKA SUME NIE YG KAYE…JUTAWAN…HAHAH KESIAN BETUL AKU MELIHAT DIMANA ORG MELAYU MENJADIKAN BANGSA MELAYU SENDIRI MANGSA SEMATE2 MENGEJAR HARTA KEKAYAAN YG HARAM…LEBIH BAIK KORANG YG DAH TERTIPU, HENTIKAN KESEMUA PEMBELIAN KORANG, JGN DGR APA2 LAGI TENTANG PRODUK SIAL MIRSB NIE, APA YG KORANG SEMUA HARUS BUAT, ADALAH BERSATU, KUMPULKAN KESEMUA MEREKA YG TELAH TERTIPU, BWAT REPOT POLIS RAMAI, DGN SIDANG MEDIA, DAN SELEPAS ITU KORANG PEGI LA BWAT TINDAKAN UNDANG TERHADAP MEREKA NIE..MUSNAHKANLAH MIRSB DAN KUNCU2NYA DEMI BANGSA MELAYU… SILA HEBAHKAN KEPADA KAWAN2 ANDA SEMUA, AKU BUKAN MENGFITNAH, TETAPI INI ADALAH KENYATAAN, KENYATAAN YG HARUS DITERIMA,LGPUN, IKUT LOGIK AKAL LA, SESUATU BENDA YG BAIK DAN BAGUS KAN, XKAN LA MENDAPAT FEEDBACK YG SEBEGINI TERUK SEKALI DI INTERNET, KLAU KORANG SEARCH GOOGLE DGN KEYWORD, "MIRSB", JENG JENG.....KORANG BOLEH TGK SENDIRI LA.....

P/S - korang cube kire brape ramai org cine atau india yg ade beli produk dorang nie? hehehe kesian betul org melayu

Unknown said...

www0530

michael kors outlet online
tods outlet
canada goose jackets
tory burch outlet
swarovski outlet
uggs outlet
kevin durant jerseys
nike outlet
cheap jordans
kate spade outlet

Unknown said...

WWW1015
fitflops clearance
kate spade outlet
converse trainer
nike shoes
fitflops clearance
christian louboutin outlet
coach outlet online
canada goose outlet
clarks shoes
jordan clothing