Home » » Cita rasa Muar inspirasi tiga beradik

Cita rasa Muar inspirasi tiga beradik

Written By kall on Monday 26 November 2007 | 10:38


SETIAP kali pelanggan masuk ke restorannya, beliau akan menegur atau menyapa mereka dengan mengangkat tangan. Sikap mesra pelanggannya itu menjadi daya tarikan utama orang ramai mengunjungi restoran nasi beriani, JM Bariani House, selain menjadikan beliau begitu dikenali komuniti di Subang Jaya.

Keramahan dan sikap mesra pelanggan yang ditonjolkan Pengarah JM Bariani House, Zulkarnain Mustapa, itu juga membolehkan restorannya yang terletak di Seksyen 18, Subang Jaya, terus bertahan di lokasi yang sama dengan menu yang sama sejak lebih 15 tahun lalu, khususnya menerusi promosi "dari mulut-ke-mulut".

Zulkarnain, 42, berkata keluarganya memulakan perniagaan restoran itu tanpa dirancang pada 1993, tapi hanya dibuat sekadar "suka-suka" pada peringkat awalnya.

Namun, katanya, berikutan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan, mereka mula mengusahakan secara serius perniagaan berkenaan sehingga kekal seperti yang ada pada hari ini.

"Saya sebenarnya meneruskan kesinambungan perniagaan bapa saya, Mustapha Abdul Karim yang memulakan perniagaan katering pada awal 1980-an, sebelum membuka restoran menjual nasi beriani pada 1993.

"Perniagaan kami dimulakan tanpa dirancang. Hanya sebagai suka-suka, kami akhirnya berkembang atas cadangan ramai pelanggan yang mahukan kami membuka restoran.

"Menerusi buah mulut pelanggan juga, hingga kini, kami terus dapat bertahan malah terus berkembang," katanya sambil menjelaskan perniagaan sebenar milik bapanya itu adalah syarikat katering yang mengambil tempahan untuk majlis kenduri, perkahwinan dan korporat.

Restoran yang menggunakan singkatan nama ibu-bapanya, Jamilah-Mustapa (JM), menyediakan menu utama nasi beriani dengan lauk pauk yang menggunakan bahan asas, daging kambing, lembu dan ayam yang juga dimasak dengan rempah beriani yang diadun sendiri.

Hidangan utama JM Bariani House, nasi beriani dan beriani gam, kini ditambah dengan beberapa hidangan sampingan termasuk mi bandung Muar dan air sirap bandung istimewa dengan campuran air soda yang sungguh lazat.

Semua hidangan utama, termasuk beriani gam yang dihidang setiap Rabu dan Sabtu, itu sinonim dengan daerah Muar, Johor, yang juga tempat asal usul keluarga Jamilah-Mustapha, dan tiga anak lelaki mereka, Zulkarnain, Abdul Hafiz dan Zul Atfi.

Perniagaan nasi beriani keluarga itu bermula apabila bapanya berhenti kerja dengan Lembaga Letrik Negara (LLN), kini Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Muar, dan berhijrah ke Shah Alam, Selangor, dengan matlamat untuk menambah pendapatan berikutan tanggungan yang semakin bertambah.

Bapa memulakan perniagaan secara kecil-kecilan seperti menjual air batu campur, karipap dan mee rebus. Hampir setahun selepas bapanya berhijrah, ibunya, Jamilah Abu Bakar, pula menyusul selepas berhenti daripada guru di sekolah rendah di Muar, bersama tiga anak lelakinya.

Sebagai anak sulung yang mendapat didikan agama yang sempurna daripada ibu bapanya, Zulkarnain yang mendapat pendidikan menengah di Sekolah Tinggi, Muar, menyedari tanggungjawabnya untuk membantu ibu-bapanya, tanpa dipaksa.

Sebaik menamatkan diploma dalam bidang pemasaran di Stanford College, di Petaling Jaya, beliau bekerja sebagai jurujual kereta di Automotive Corporation (M) Sdn Bhd (ACM) antara 1983 hingga 1986.

"Namun, kerana tidak sanggup melihat kedua-dua orang tua yang sentiasa sibuk berhempas-pulas dengan urusan memasak untuk tempahan, saya juga nekad berhenti kerja dan membantu mereka sepenuh masa," katanya.

Ketika itu, perniagaan katering berkenaan masih lagi dilakukan di Shah Alam sebelum berpindah ke Subang Jaya, untuk urusan memasak yang lebih selesa dan terurus serta mendapatkan hasil yang seragam.

"Menerusi perniagaan katering itu, kami mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan sehingga kami membuat keputusan untuk membuka sebuah restoran yang terletak bersebelahan ruang masakan untuk tempahan," kata Zulkarnain yang pernah mempunyai hobi mengumpul kereta antik, tetapi terpaksa ditinggalkan kerana kesuntukan masa menguruskan perniagaan.

JM Bariani House kemudian membeli unit restoran di Subang Jaya itu dengan hasil titik peluh sendiri, memandangkan restoran itu sebelumnya disewa daripada Uda Holdings Bhd.

Kini, ibu bapanya tidak lagi terbabit dalam penyediaan hidangan dan berehat sepenuhnya selepas sekian lama menguruskan perniagaan dan semua tugas diambil alih ketiga-tiga anak lelakinya.

"Adik saya, Abdul Hafiz, yang mengambil jurusan arkitek di Amerika Syarikat, juga tidak mahu meneruskan pekerjaan dalam bidang yang diambil, sebaliknya mengambil tanggungjawab mengendalikan urusan penyediaan makanan di dapur berpusat sejak menamatkan pengajian.

"Selain emak dan bapa, kejayaan JM Bariani House, juga bergantung kepada gabungan usaha kami tiga adik-beradik, bukan saya seorang," katanya sambil menambah, tugas beliau menguruskan operasi keseluruhan syarikat, termasuk kewangan, manakala dua adik-beradiknya menjaga bahagian dapur.

Baginya, dalam perniagaan makanan dan pengendalian restoran, pemilik perniagaan tidak boleh lepas tangan, kerana mereka akan memegang rahsia masakan dan memastikan makanan yang dihasilkan tetap daripada segi kualiti dan cita rasa yang dimahukan pelanggan.

"Namun, kami tidak merahsiakan resipi kami, baik kepada pekerja atau rakan yang mahukannya kerana kami yakin rezeki ada di mana-mana. Ini kerana saya yakin hasilnya tidak sama kerana air tangan orang yang memasak itu berbeza antara satu sama lain," katanya.

Kini, restoran JM Bariani House terus berkembang dengan tambahan dua lagi restoran, masing-masing di Tesco Shah Alam yang dibuka pada 2005, dan Tesco Ampang pada 2006. Setiap hidangan disediakan di sebuah dapur berpusat yang terletak bersebelahan restoran di Subang Jaya dengan keluasan 1,800 kaki persegi dengan urusan masakan dibantu 25 kakitangan sepenuh masa.

Ia kini yang menggaji 80 kakitangan, akan membuka tiga lagi restoran di Lembah Klang tahun depan, setiap satu di Damansara, Petaling Jaya dan Puchong. Bagi memenuhi pertambahan kapasiti, JM Bariani House akan membuka sebuah lagi dapur berpusat di Glenmarie, Shah Alam, tahun depan dengan kapasiti tiga kali ganda daripada dapur sedia ada membabitkan pelaburan hampir RM2 juta.

Zulkarnain berkata, syarikatnya juga telah membuat permohonan kepada Perbadanan Nasional Bhd (PNS) untuk menceburi bidang francais.

"Setelah sekian lama berdiri sendiri, kami membuat keputusan untuk mengembangkan perniagaan kami menerusi sistem francais. Maklumat ini kami dapat menerusi siri taklimat dan seminar yang kami hadiri.

"Kami akui, hanya menerusi skim berkenaan, kami dapat terus berkembang dan mengukuhkan lagi jenama JM Bariani House," katanya.

INFO:

* JM Bariani House adalah singkatan nama ibu-bapa Jamilah-Mustapha
* Kini ada tiga cawangan iaitu di Seksyen 18, Subang Jaya; Tesco Shah Alam dan Tesco Ampang.
* Punyai 80 kakitangan
* Miliki dapur berpusat dengan keluasan 1,800 kaki persegi
* Hidangan utama - nasi beriani dan beriani gam, selain mi bandung Muar dan air sirap bandung istimewa campuran air soda.
* Rancang perkenal perniagaan beriani secara francais

from berita harian

2 comments:

Unknown said...

www0727



adidas outlet
coach outlet
michael kors outlet online
oakley sunglasses
adidas wings
canada goose outlet
fred perry polo shirts
true religion jeans
true religion uk
birkenstock outlet




jeje said...

jinyi827
Lorsque vous vous habillez pendant les vêtements que vous voulez enfiler dans la Asics Gel Kinsei 6 Soldes course et que vous êtes prêt à commencer à courir, attendez une minute, ce n'est vraiment pas le moment de courir. Un bon briquet devrait être en mesure de faire face à une table de fumeurs de cigares sans aucun dilemme. C'est vraiment parmi les marchandises les plus préférées à tout moment offerts à la télévision, et un nombre incroyable d'entre eux se trouvent déjà dans le monde entier. Les chaussures de loisirs sont également faites spécialement pour le but qu'elles servent et bien que la mode puisse jouer un rôle important dans le choix du type et du style des chaussures de loisirs, même les sandales habillées ou les sandales de natation offrent une certaine protection. Il utilise une simple transmission électronique pour envoyer le signal de votre appareil vers les haut-parleurs du véhicule. nike air max pour femme pas cher Cela dit, tous ne sont pas en mesure de fournir un succès efficace à ses utilisateurs finaux.