Home » » Elak hutang kunci kejayaan Hasim

Elak hutang kunci kejayaan Hasim

Written By kall on Monday 15 August 2011 | 00:22

YAKIN...bermula dengan modal kecil.
YAKIN...bermula dengan modal kecil.

PENGALAMAN diperoleh selama 23 tahun ketika bekerja dalam industri pengeluaran minuman gergasi tidak disia-siakan Hasim Mohd, 52, apabila dengan penuh yakin mengorak langkah menyertai dunia keusahawanan yang serba mencabar sejak 10 tahun lalu.

Menyedari industri pengeluaran minuman dimonopoli pengusaha berbangsa Cina, Hasim yang kini bergelar Pengarah Fitrah Food Sdn Bhd (FFSB) eng­gan mengalah dan mengambil inisiatif dengan memperkenalkan produk minuman pertama syarikat, Minuman Herba Cincau Segar.

  • Foto

    HASIM...ketika di kilangnya.

  • Foto

    PERIKSA...Hasim membuat pemeriksaan terhadap produk keluaran syarikatnya.

  • Foto

    BAHAGIA...Hasim bersama isteri dan dua anaknya ketika menyambut Syawal, tahun lalu.

Berpengalaman sebagai pe­nyelia, pengurus pengeluaran dan pengurus operasi sebelum ini, beliau kerap membuat pemerhatian tatkala melaksanakan tugas, sekali gus me­nyedari pasaran minuman cincau memiliki potensi serta pasaran besar jika ia dikembang­kan.

Katanya, minuman cincau dihasilkan syarikat milik Bumiputera jarang kelihatan di pasaran, sedangkan ia antara pilihan utama bagi masyarakat Melayu khususnya.


“Melihat fenomena berkenaan, saya seakan-akan terpanggil untuk menunaikan tuntutan fardu kifayah kerana saya mempunyai pengetahuan dan kepakaran untuk mengeluarkan produk minuman cincau.

“Cincau satu daripada jenis herba yang mempunyai fungsi baik untuk kesihatan manusia, namun manfaat itu jarang didedahkan kepada umum, malah segelintir masyarakat menganggap ia cuma minuman biasa,” katanya.

Mengimbas kembali sejarah penubuhan FFSB, Hasim nekad mengambil risiko dengan menggunakan semua wang simpanan hasil pendapatan dikumpul semata-mata untuk memulakan perniagaan tanpa mengharapkan pinjaman kewangan daripada bank.

“Saya enggan bergantung harap kepada bantuan semata-mata, selain tidak mahu dibelenggu tanggungan hutang dan tekanan biarpun ia dapat memajukan operasi perniagaan dengan mudah.

“Tambahan pula, saya memulakan perniagaan pada usia lewat iaitu 42 tahun. Jika saya memohon pinjaman bank, tentu ia memakan masa lama berikutan proses merumitkan.

“Selain itu, saya tidak mahu perniagaan ini dijalankan secara tergesa-gesa gara-gara bebanan hutang bank hingga membuat­kan saya hilang fokus dan mengabaikan tujuan asal penubuhan syarikat ini,” katanya yang ditemui di kilangnya, di Taman Industri Subang, Selangor.

Hasim mengakui, awalnya menghadapi cabaran besar untuk mengukuhkan syarikat yang cuma bergantung kepada modal kecil berbanding syarikat gergasi lain.

Ketika peniaga lain menggunakan media cetak dan elektronik sebagai medium promosi, Hasim terpaksa membulatkan hati mengambil pendekatan berbeza berikutan kekurangan modal bagi menampung kos pengiklanan tinggi.

Gara-gara ingin menjimatkan kos pengiklanan, bapa kepada dua anak ini mula menjalin hubungan persahabatan dengan penyelia makanan di kilang elektronik gergasi sekitar Lembah Klang.

Strategi serampang tiga mata dilaksanakan Hasim menunjukkan keberkesanan apabila teman baru (penyelia makanan) itu berminat memasarkan produk syarikat di kantin kilang.

Hasim yang juga memainkan peranan penting sebagai pegawai pemasaran mengakui ramai peniaga bermodal kecil memandang ringan strategi pemasaran di kilang berikutan masing-masing beranggapan hebahan menerusi media lebih berkesan.

Beliau tidak menafikan peranan penting media namun promosi melalui ‘mulut ke mulut’ disifatkan lebih efektif selain menjimatkan kos pengiklanan.

Mensasarkan kilang besar sebagai lokasi pemasaran, Hasim berkata, kadar bilangan pekerja industri berskala besar menjadi ‘ejen’ promosi secara tidak langsung kepada orang lain jika produk syarikat menjadi pilihan di kantin kilang masing-masing.

Bermula dari situ, produk keluaran FFSB mula dikenali di kalangan masyarakat sebelum ia memasuki pasar raya besar termasuk Mydin, Carrefour serta stesen minyak Petronas sekitar Lembah Klang.

Malah kini, Hasim boleh berbangga apabila produk minuman Cincau Segar keluaran FFSB menembusi pasaran Selangor, Terengganu, Kelantan, Melaka, Johor dan Pulau Pinang.

Namun usaha mengekalkan momentum perniagaan tidak terhenti di situ saja apabila Hasim turun padang ke setiap cawangan pasar raya terpilih untuk melakukan sample produk (sampling) pada hujung minggu.

Kejayaan memasuki pasar raya tidak seharusnya diambil mudah dan bersikap lepas tangan kerana produk syarikat seolah-olah menjadi perhiasan di rak tanpa disedari orang ramai jika tiada promosi dijalankan.

Katanya, inisiatif itu (sampling) perlu dilakukan peniaga bagi memperkenalkan produk kepada pelanggan baru, selain mendapatkan maklum balas secara langsung daripada mereka untuk meningkatkan kualiti produk.

Jawatan pengarah dipegang Hasim tidak menimbulkan rasa riak dan malu baginya untuk menghulurkan secawan minuman cincau keluaran syarikat, malah ia dianggap lebih memudahkan, terutama ketika memberi penerangan kepada orang ramai.

Selain itu, FFSB tidak melepaskan peluang menyertai pameran anjuran kerajaan seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha), Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) dan Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia (MIFB) serta beberapa pameran kecil lain.

Hampir 10 tahun beroperasi, FFSB kini mengeluarkan tiga produk utama termasuk Minuman Herba Cincau Segar, Minuman Rumpai Laut dan Lemon serta kolagen Rumpai Laut, Beauty Queen.

Menurut Hasim, dalam tempoh terdekat, rangkaian produk minuman cincau dan berasaskan rumpai laut akan dipelbagaikan bagi memenuhi cita rasa pelang­gan serta mewujudkan persaingan positif antara jenama lain.

Selain itu, FFSB bakal melebarkan sayap perniagaan ke negara jiran termasuk Kemboja dan Vietnam kerana pada pandangan Hasim, negara terbabit mempunyai potensi pasaran untuk diterokai.


PROFIL

NAMA: Hasim Mohd
JAWATAN: Pengarah Fitrah Food Sdn Bhd
LAHIR: 7 September 1954
ASAL: Kuala Terengganu, Terengganu
ISTERI: Nafisah Chik
ANAK: Rabbiatul Adawiah (19) dan Muhamad Aliff Firdaus (16)
ADIK-BERADIK: Bongsu daripada empat beradik
PENDIDIKAN: Diploma Teknologi Makanan, Institut Teknologi Mara (1977)

JIKA usahawan lain mencuri masa untuk bercuti bersama keluarga di setiap penghujung tahun, berbeza bagi Hasim yang menjadikan penyertaan dalam mana-mana pameran sebagai pakej pelancongan keluarga.

Memiliki sebuah keluarga kecil bukan alasan baginya mengambil cuti semata-mata ingin menenangkan fikiran bersama insan tersayang, sebaliknya peluang berkenaan digunakan untuk mengukuhkan syarikat dengan menyertai pameran berkaitan industri makanan.

Lebih menggembirakan Hasim, isteri dan dua anaknya turut memberi sokongan padu dan mengambil bahagian secara aktif mempromosi produk syarikat, dalam masa sama menemaninya setiap kali menyertai pameran pada hujung minggu.

“Isteri dan anak tidak pernah merungut apabila saya kerap mengajak mereka menemani saya. Malah, kesempatan itu digunakan mereka, khususnya anak sulung, untuk menambah pengalaman berniaga.


“Tambahan pula, dia kini melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di Management and Science University (MSU), sedikit sebanyak dia boleh mengaplikasikan ilmu diperoleh secara praktikal,” katanya.

Menerusi pendedahan awal berkenaan, Hasim berharap anaknya dapat mempelajari teknik pengurusan perniagaan dengan lebih berkesan di samping membentuk jaringan komunikasi antara peserta pameran lain.

Malah, Hasim turut menggalakkan anaknya bekerja dengan syarikat lain sejurus tamat pengajian sebelum mengambil alih perniagaannya nanti.

Katanya, jika tidak menyertai mana-mana pameran sama ada dalam dan luar negara, mereka sekeluarga membuat lawatan ke cawangan pasar raya yang mengedarkan produk mereka sekitar ibu kota.

Bagi mengekalkan kemesraan tali kekeluargaan, kedua-dua anaknya yang belajar di Shah Alam, Selangor dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan akan pulang ke rumah setiap hujung minggu.

Kedatangan Ramadan selalu dinanti-nantikan Hasim kerana menggunakan kesempatan ini beliau keberkatan bulan berkenaan untuk berbuka puasa bersama keluarga tersayang sama ada di rumah mahupun di luar.

Menurutnya, peluang itu diambil bagi menggantikan kesibukannya di syarikat sepanjang tahun hingga sering terlepas peluang untuk makan malam bersama keluarga.

Bagi Hasim, menguruskan perniagaan sendiri lebih memerlukan masa dan tenaga yang banyak berbanding makan gaji berikutan kehidupan keluarga bergantung sepenuhnya kepada keuntungan syarikat.

Menyedari hakikat berkenaan, Hasim lebih menumpukan perhatian terhadap kerja malah perkara itu turut diakui isteri dan anaknya.

3 comments:

5689 said...

zzzzz2018.8.3
pandora charms
oakley sunglasses
nike outlet
prada shoes
nike outlet
nike soldes femme
canada goose jackets
coach factory outlet
ugg boots on sale 70% off
ugg boots on sale 70% off

jeje said...

jinyi827
Cela ne fera-t-il pas hausser basket enfant nike huarache les sourcils à l'intérieur des États-Unis? en soi, 33 milliards de dollars par an sont utilisés pour air jordan basket pas cher les compléments alimentaires, mais en tant que région, les États-Unis sont essentiellement hors de forme. Certaines de Air Jordan 12 Homme vos étiquettes qui ont été disponibles sont Air Max 2011, Air Max 2009, Air adidas zx flux noir homme Max 90, Air Max 95, Air Max 24-7, Air Max 87, Air Max asics chaussures tennis de table vent arrière et même Air Max 2012 printemps. Cela dit, je recommande de ne nike air jordan 4 iv retro noir rouge gris pas tenter de nous rapprocher des autres, puisque la vérité de votre différence est le chaussure nike homme air fait qu'ils peuvent être ce qu'ils peuvent être de mieux et que nous ne pouvons être que les meilleurs. basket nike soldes homme


RIKA NADIA said...

Halo semua, saya Rika Nadia, saat ini tinggal orang Indonesia dan saya warganegara, saya tinggal di JL. Baru II Gg. Jaman Keb. Lama Utara RT.004 RW.002 No. 26. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memberi nasihat konkrit kepada semua warganegara Indonesia yang mencari pinjaman dalam talian untuk berhati-hati kerana internet penuh dengan penipuan, kadang-kadang saya sangat memerlukan pinjaman , kerana kewangan saya buruk. statusnya tidak begitu baik dan saya terdesak untuk mendapatkan pinjaman, jadi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, dari Nigeria dan Singapura dan Ghana. Saya hampir mati, sehingga seorang kawan saya bernama EWITA YUDA (ewitayuda1@gmail.com) memberitahu saya tentang pemberi pinjaman yang sangat boleh dipercayai bernama Puan ESTHER PATRICK Cawangan Pengurus Pinjaman Akses, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp600,000,000 dalam masa kurang dari 12 jam pada kadar faedah 2% dan yang mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

Saya menerima pinjaman saya dalam akaun bank saya selepas Madam. LADY ESTHER telah meminjamkan pinjaman kepada saya, apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah yang saya terima itu telah dikreditkan ke akaun bank saya. dan saya mempunyai bukti dengan saya, kerana saya masih terkejut, e-melnya (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

Jadi untuk kerja yang baik LADY ESTHER telah melakukannya dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberitahu dan berkongsi kesaksian saya tentang LADY ESTHER, jadi orang dari negara saya dan bandar saya boleh mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui e-mel: (estherpatrick83@gmail.com) sila hubungi LADY ESTHER Dia tidak tahu bahawa saya melakukan ini tetapi saya sangat gembira sekarang dan saya membuat keputusan untuk memberitahu orang ramai tentangnya, Dia menawarkan semua jenis pinjaman kepada individu dan syarikat dan juga saya mahu Tuhan memberkati dia lebih banyak,

Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya: (rikanadia6@gmail.com). Sekarang, saya seorang pemilik perniagaan wanita yang baik dan hebat di kota saya, Semoga Tuhan Yang Maha Esa terus memberkati LADY ESTHER untuk kerja yang baik dalam hidup dan keluarga saya.
Tolong beritahu saya untuk maklumat lanjut tentang Ibu dan saya akan memberi arahan, dan ada bukti pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui e-mel: (estherpatrick83@gmail.com) Terima kasih semua